MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor, Azmin Ali menegaskan bahawa perjanjian
penstrukturan air di antara Selangor dan kerajaan Persekutuan lupus
secara automatik apabila kerajaan Persekutuan cuba mengambil alih 26,000
kilometer persegi tanah Selangor.
Menurut
Azmin, perjanjian yang ditandatangani pada 12 September 2014 sebelum
ini hanya melibatkan pemindahan aset air dari Selangor kepada kerajaan
Persekutuan, dan bukannya tanah.
Tegasnya, syarat baru yang cuba diperkenalkan oleh kerajaan Persekutuan itu tidak selaras dengan semangat perjanjian itu.
"Percanggahan dari perjanjian utama yang cuba dilaksanakan oleh kerajaan
Persekutuan akan menyaksikan kerajaan negeri hilang kedaulatan ke atas
tanah dan aset air milik Selangor.
"Kedaulatan Selangor adalah nombor satu," kata Azmin pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan