Ketua
Pemuda DAP dan dua aktivis muda ditahan reman ekoran pembabitan dalam
himpunan #KitaLawan. - Foto ihsan Facebook Wong Kah Woh
SHAH ALAM – Ketua Pemuda DAP, Teo Kok Seong serta aktivis muda, Adam
Adli Abdul Halim dan Mandeep Singh direman pihak polis hari ini kerana
penglibatan mereka dalam perhimpunan #KitaLawan.
Menurut akaun Twitter peguam Wong Kah Woh, pihak polis memohon reman
selama empat hari bagi ketiga-tiga mereka di lokap balai polis Jinjang,
di ibu negara, hari ini.
“Polis mohon reman empat hari. Gobind kini membantah permintaan reman.
Polis perlu menyatakan dalam buku harian penyiasatan mereka tentang apa
yang telah dilakukan,” tulisnya dalam akaun Twitternya, hari ini.
Menurut sebuah portal, Kok Seong akan diwakili Gobind Singh Deo,
Ramkarpal Singh dan Lim Lip Eng manakala Adam dan Mandeep pula diwakili
oleh Melissa Sasidaran serta Eric Paulsen.
Semalam, Kok Seong tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi bagi
membantu siasatan berhubung perhimpunan #KitaLawan di ibu negara pada 7
Mac lepas.
Mengulas lanjut, Kah Woh bagaimanapun menulis lagi di akaun Twitternya
bahawa majistret hanya membenarkan Kok Seong direman untuk sehari
sahaja.
“Teo akan dibawa ke Dang Wangi dari Jinjang jam 2 petang ini (tadi)
untuk diambil keterangannya. Kami jangka beliau akan bebas selepas itu,"
katanya.
Sementara itu, menurut akaun Twitter Eric Paulsen, Adam dan Mandeep pula akan ditahan reman selama tiga hari.
“Majisret Erry Shahriman benarkan reman @AdamAdli @mandeepkarpall tiga
hari hingga Selasa atas alasan mereka adalah “flight risk”.
“Keputusan majistret adalah mengejutkan kerana tiada bukti bahawa Adam
dan Mandeep adalah “flight risk”. Sebaliknya mereka telah kerjasama
dengan polis,” tulisnya di akaun Twitternya, hari ini.
Penahanan Kok Seong disusuli dengan penangkapan Adam dan Mandeep
selepas mengadakan himpunan duduk yang “kecil dan aman” di pekarangan
pusat beli-belah Sogo, di ibu kota, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan