MALAYSIAKINI
Kerajaan menyuntik dana RM900 juta kepada syarikat yang dilanda
kontroversi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tanpa pengetahuan umum,
dakwa pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.
MP Pandan Rafizi Ramli mendakwa beliau mendapat maklumat bahawa Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak memberitahu ketua-ketua Umno dalam satu
pertemuan tertutup, Ahad lalu, yang kerajaan bercadang menyuntik
sekurang-kurangnya RM900 juta ke dalam 1MDB bagi memperbaiki aliran
tunainya.
Sementara MP Petaling Jaya Utara, Tony Pua mendakwa laporan Singapore
Business Times pagi ini menyatakan yang kerajaan Malaysia memberikan
pinjaman sebanyak USD373 juta kepada 1MDB sewaktu badan pengurusan dana
itu dilanda kontroversi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan