Selasa, 3 Mac 2015

Selepas Foto Bertudung, Lindsay Lohan Muat Naik Ayat Al-Quran

KELAB GREENBOC



Susulan mengundang spekulasi ramai ekoran satu foto yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya beberapa minggu lalu, yang mana foto tersebut menunjukkan seolah dia memakai tudung, terbaharu selebriti kontroversi, Lindsay Lohan mencetuskan satu lagi tanda tanya kepada peminatnya.

Beberapa jam lalu, bintang filem Mean Girls ini memuat naik satu foto petikan ayat Al-Quran.

“Ya tuhanku, tingkatkanlah pengetahuanku. Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada mu ilmu yang bermanfaat,” seperti dipetik menerusi foto di Instagram Lindsay Lohan.

Tindakan bekas bintang Disney yang pernah terlibat dengan penyalahgunaan dadah itu sekaligus menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat maksud di sebalik tindakan Lohan memuat naik gambar tersebut.

Ada di antara mereka teruja dan gembira sekiranya Lindsay mendalami Islam dan mahu melihat bintang berusia 28 tahun itu menjadi muslimah.

Malah, ada juga yang berpendapat tidak ada salahnya Lohan memuat naik ayat itu kerana tulisan ayat dalam berbahasa arab disifatkan suatu bahasa sejagat.

Ada yang membuat spekulasi kononnya Lohan sudah mendapat hidayah dan petunjuk.

Namun, ada juga yang berpendapat Lohan seperti mempersenda ayat Al-Quran yang disanjung umat Islam.

Bukan hanya Lindsay, sebelum ini Beyonce Knowles turut melakukan perkara sama. Melalui laman Instagramnya, isteri kepada Jay Z itu memuat naik gambar dua potongan ayat Al-Quran sehingga mendapat perhatian ramai pihak.

Persoalan, kenapa dia memuat naik foto berkenaan? Hanya Lohan saja yang tahu.

Tapi apapun, ia adalah hak masing-masing dan tidak salah kalau ia bertujuan untuk meluahkan rasa bersyukur walaupun dia bukanlah seorang yang beragama Islam kerana potongan ayat A-quran yang dimuat naiknya itu dalam tulisan bahasa arab membawa maksud doa semoga dirinya dipertingkatkan ilmu pengetahuan.

Barangkali ia adalah doa Lohan kepada Tuhan yang mana mungkin dia sedang mencari petunjuk dan jalan keluar daripada kehidupannya yang kucar kacir dan bermasalah yang pernah menjadi lesbian, minum arak, dadah serta pernah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah kepada kehidupan lebih baik. - mD

ULASAN GB

Di dalam hal ini adalah lebih baik untuk kita bersangka baik.

Manusia dikurniakan hidayah dari Allah dengan pelbagai cara dan bentuk. Itu sebab umat Islam dianjurkan malah disuruh oleh Rasulullah untuk menyampaikan darinya walaupun sepotong ayat.

Berdasarkan hadith ringkas itu alangkah bagusnya kita titipkan suara-suara kebenaran daripada Al-Quran dan Hadith melalui media sosial seperti blog, facebook, twitter, instagram, Whatsapps dan sebagainya untuk memenuhi tuntutan hadith berkenaan disamping memenuhi suruhan Allah di dalam Surah Al-Asr: "Demi masa, sesungguhnya manusia itu sentiasa di dalam kerugian, melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh, pesan memesan dengan kebenaran, pesan memesan dengan kesabaran."

Siapa tahu dengan titipan tersebut ia akan mengetuk pintu hati rakan-rakan lain untuk memperdalami ayat-ayat berkenaan dan lantas mengenal Islam...

Sesungguhnya hidayah itu milik Allah jua. Kita hanya diseru untuk menyampaikan...


Sesungguhnya engkau tidak berupaya untuk memberi hidayah kepada sesiapa yang engkau sayangi, tetapi Allah jualah yang berkuasa memberi hidayah petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya; dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.

Semenjak berblog dan berfb selama ini... GB sentiasa cuba memenuhi tuntutan berkenaan... walau ada juga yang tidak menyukainya... kerana GB berfikir, jika kita tidak mahu menyampaikan, Allah akan datangkan "orang lain" (seperti di atas) untuk menyampaikannya... salah siapa?

Tiada ulasan: