Rabu, 18 Mac 2015

Kastam rampas 31 kereta mewah RM1 juta

MALAYSIAKINI


 


Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Kelantan merampas 31 kenderaan mewah pelbagai jenis yang dianggarkan bernilai RM1.1 juta sejak Januari tahun ini.

Pengarahnya Datuk Abdullah Zawawi Abd Latiff berkata antara kenderaan mewah yang dirampas adalah Toyota Wish, Subaru Impreza dan Mitsubishi Grandis yang diseludup dari negara jiran.

"Kami ambil serius hal ini memandangkan sindiket berkenaan sering membawa masuk kereta mewah dari negara jiran dan tidak mempunyai kelulusan Kastam dan tidak sah," katanya kepada pemberita ketika ditemui di pejabatnya di Kota Bharu hari ini.

Abdullah berkata orang ramai sering tertipu dengan sindiket berkenaan kerana harga yang ditawarkan oleh sindiket ini adalah lebih murah berbanding harga pasaran.

"Pembeli tertipu dengan harga yang dijual kononnya jauh lebih murah daripada harga pasaran namun sebenarnya kesemua kereta terbabit dibawa masuk secara haram.

"Kami harap orang ramai lebih berwaspada dengan pembelian kereta mewah yang ditawarkan dengan harga jauh lebih murah kerana kereta itu juga turut menggunakan nombor pendaftaran palsu," katanya. - Bernama


 

Tiada ulasan: