MALAYSIAKINI
Seorang wanita yang baru bersalin dua bulan lepas, ditemui mati
dipercayai dibunuh di sebuah pangsapuri di Petaling Jaya malam tadi.
Ibu berusia 26 tahun tersebut dijumpai dalam keadaan terikat bersebelahan dengan bayinya itu.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Azmi Abu kassim berkata suami
mangsa yang baru pulang dari tempat kerja, terpaksa memecah masuk ke
dalam rumah yang berkunci dari dalam itu kira-kira jam 8 malam.
Beliau berkata mangsa bersama suami yang bekerja sebagai pengawal
keselamatan di sebuah syarikat pengeluar barangan komputer, tinggal di
rumah milik majikan suaminya itu, yang turut dikongsi dengan lima rakan
sekerjanya.
Polis masih menyiasat punca kematian dan percaya ia sebagai kes bunuh.
Suspek dipercayai seorang lelaki yang merupakan penghuni rumah tersebut, katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Beliau berkata bayi mangsa berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kami menemui senjata namun siasatan masih dijalankan sama ada senjata
tersebut diguna oleh suspek untuk membunuh walaupun polis tidak menemui
sebarang kesan tikaman di badan mangsa," katanya. Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan