BAHAGIAN -1
BAHAGIAN -2
Dimana duit samaada untung atau pembayaran oleh Petrosaudi disimpan? Kenapa tidak di simpan dalam negara kita sendiri? RM7-8 billion bukan sedikit jumlah nya.
BAHAGIAN -2
Dimana duit samaada untung atau pembayaran oleh Petrosaudi disimpan? Kenapa tidak di simpan dalam negara kita sendiri? RM7-8 billion bukan sedikit jumlah nya.
Saya kurang
yakin duit2 itu semua ada di Cayman Islands. Cayman Islands mungkin hanya tempat
syarikat didaftarkan sahaja. Duit sebenarnya mugkin ada di Switzerland.
Dengan para
pemimpin kerajaan- kita tidak boleh percaya apa lagi dah. Urusniaga di Cayman Islands
hanya mungkin tektik mengalih pandangan daripada dimana lokasi wang berbillion
Ringgit tersebut sebenarnya berada.
Dan semua
bisness mendaftar syarikat di tempat seperti Cayman Islands ini untuk apa? Orang
melakukan demikian ialah untuk menyembunyikan transaksi, untuk launder money
atau menyalurkan wang melalui situ ke akaun2 tersembunyi di tempat lain.
Mungkin apa2
lebihan dari 1MDB sudah pun dilaburkan dalam dana2 yang tersenarai yang jika
dijual sekarang hanya mengakibatkan kerugian yang tidak boleh diterima. Jika itu
berlaku, semua orang akan tahu sebetulnya pegawai2 1MDB tidaklah secerdik
seperti mula2 diistiharkan dengan bangga nya oleh Shahrol Helmi- CEO pertama
1MDB.
Kemana mamat ini pergi? Adalah menarik jika kita dapat panggil Shahrol
Helmi untuk bercerita tentang 1MDB. Terkencing Najib agak nya.
Dan jika ianya
dipinjamkan secara fraud tanpa cagaran atau security kepada peminjam
seperti
pak2 Arab atau perniagaan2 lain, duit tersebut akan tidak dibayar
kembali. JIka dilakukan demikian- siapa yang authorise? JHo Lo? Dengan
sokongan dari Pengerusi 1MDB? Menteri Kewangan Malaysia?
Sebagai
contoh; PetroSaudi kata semua wang tersebut sudah dipulangkan- 1MDB pula kata
ya semua sudah dipulangkan- Jho Low kata semua wang sudah dipulangkan- mana buktinya?
Saya hendak
tanya puak UMNO- dalam kes ini pelaburan kita diurus oleh budak2 cina tidak
mengapa pula. Kalau kita dengar cakap2 orang UMNO dan surrogates mereka- macam
disuruhnya kita bunuh semua oang Cina. Maka saya serulah orang2 UMNO yang masih
siuman- sedarlah hipokrasi pemimpin UMNO terutama Najib.
Najib tidak
perlu diselamatkan. Hendak selamat buat apa? Takkanlah jika Najib tak jadi
pemimpin UMNO atau PM- dunia orang Melayu akan kiamat? Langit tidak runtuh
untuk orang Pekan jika Najib tak jadi PM. Tun Razak yang jauh lebh hebat dari
Najib dari segi perwatakan dan temperament dan dari segi inteligence meninggal-
tidak pun Malaysia kiamat dan Pekan hilang dari peta.
Seperti yang
penah saya nyatakan bertahun dahulu- apa yang jadi jika Najib bukan PM ialah
para pengampu2nya di Pekan akan beratur disepanjang jambatan Sultan Abu Bakar
dan pakat ramai2 terjun kedalam Sungai Pahang. Yang mati dan patah riuk kaki tangan
atau cedera apa , terserahlah kepada nasib.
Kita tak tahu
dimana wang itu telah hilang- itulah sebab nya mengapa 1MDB tidak mampu servis
hutang2 nya bila hutang2 itu matang dan inilah sebab nya mengapa pengurusan
1MDB menyembunyikan ‘pelaburan’ yang mereka lakukan dalam balance sheet yang disebut
sebagai "segregated portfolios". Dan pelaburan dalam segregated
portfolios ini tidak mencerminkan nilai pasaran. Kenapa misteri ini?
Dan orang UMNO
kena sedar bahawa salah satu pengurus dana 1MDB ialah firma Hong Kong yang
dipilih oleh siapa? Oleh JHo Low budak Cina yang memilih pengurus dana pun
cina juga. Sekali lagi- orang UMNO jangan hendak temberang dan membohong suruh orang
membenci Cina sedangkan hampir semua pemimpin UMNO berbisnes dengan Cina. Rakyat
sudah meluat mengenai hipokrasi puak2 umno ini.
Itulah sebab nya
mengapa 1MDB tidak pernah menerbitkan penyata2 kewangan nya secara penuh atau dalam
bentuk ringkasan dalam website rasmi nya. Kalau tak ada perkara yang mahu
disembunyikan apa yang hendak ditakutkan?
Sudah terang dan
nyata kepada semua yang ada sedikit intelligence kecuali orang UMNO, bahawa PM
najib sedang mengatur langkah untuk menyalahkan hutang RM46 billion ini atas kepala
Jho Lo dan kunco2 nya.
PM najib seperti biasa, berserta cabinet yang terdiri
dari 35 orang, 2 orang bekas CEO dan Arul Kanda akan cuci tangan dan
menjustifikasikan kehilangan RM46 billion ini kepada 1001 punca.
Menyalahkan Jho
LO tidak mendatangkan kudis sebab dia akan terus berkubang di lokasi mewah di Beverly
Hills, California sambil minum Pina
Colada atau Singapore Gin Sling
cocktails, berparti di Paris dan St.Moritz dan dengar sini- ketawa terbahak
bahak berjalan ke bank2 yang tidak boleh disentuh di Cayman Islands atau Switzerland.
Dengan segala
musibah yang dilakukan oleh pemimmpin nombor satu- soalan saya ialah- nak
selamatkan Najib itu mengapa?
Artikel ini saya
tulis sebagai suatu adaptasi dari artikel asal oleh Donplaypuks disini.
Penghargaan saya kepada Encik Donplaypuks.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan