shahbudindotcom.
Semua
kelompok masyarakat sudah semakin terbuka memperkatakan mengenai nasib
dan masa depannya serta mulai bertanya, berapa lama lagikah Najib mampu
bertahan?
Ada yang berkata Najib akan "pergi" sebaik majlis perkahwinan anak perempuannya selesai pada 29 Mac ini dan ada juga berani bertaruh pengundurannya akan berlaku sebelum Jun ini.
Isu-isu
yang mengelilingi Najib secara umumnya sudah terlalu sarat dan tidak
boleh diperbaiki lagi. Ia lebih mungkin menjadikannya tertolak atau
tersingkir lebih awal daripada jawatannya, berbanding ditemui jalan
penyelesaiannya.
Daripada
kesemua isu yang ada sekarang ini, skandal berkaitan 1MDB nampaknya
menjadi semakin berat hari demi hari dan dengan pelbagai pihak tidak
henti-henti membangkitkannya, ia pastilah juga menjadikan tidur Najib
tidak lagi senyenyak dulu.
Meskipun
demikian dan walaupun semakin digegak-gempitakan bahawa isu-isu yang
semakin sarat kebelakangan ini, disertakan dengan kepimpinannya yang
lemah, lebih mungkin menyebabkan BN kalah dalam pilihanraya akan datang,
Najib masih belum menampakkan tanda-tanda ingin berundur.
Najib
tergambar ingin terus bertahan selagi terdaya walaupun kerisauan turut
tergambar melalui beberapa perubahan dan tindakannya kebelakangan ini.
Di samping mulai menukar gaya kepimpinannya kepada lebih Melayu dengan
berjanji mempertahan agenda Melayu selagi ada bulan dan bintang, Najib
juga sedia secara terbuka menunjukkan sokongan yang dimilikinya.
Selain
menghadiri Himpunan Kebangkitan Melayu di Stadium Bukit Jalil minggu
lalu, Najib dijangka sekali lagi mempamerkan sokongan yang dimilikinya
dalam Perhimpunan Solidariti Ketua-Ketua UMNO Bahagian pada Ahad, 8 Mac ini di PWTC.
Daripada
191 Ketua UMNO Bahagian seluruh negara, sehingga ini dilaporkan seramai
173 daripadanya sudah menyatakan kesediaan hadir untuk mengangkat
tangan sambil menjerit-jerit menyatakan sokongan kepada Perdana Menteri.
Himpunan Solidariti 8 Mac ini,
selain berujuan untuk menyatakan Najib masih memiliki sokongan daripada
UMNO, ia juga secara tidak langsung mengesahkan kerusi yang didudukinya
sudah tidak sekukuh dulu lagi.
Adalah
dijangka, lebih banyak lagi perhimpunan menyatakan sokongan akan
diadakan selepas ini. Najib juga dijangka akan meluangkan lebih banyak
masa menghadiri perhimpunan seperti ini untuk menunjukkan sokongan yang
dimilikinya. Seperti biasa, umpama pokok yang hampir tumbang atau
kerusi yang mulai bergoyang, Najib akan menerima apa saja bentuk kayu
yang sanggup menjadi penahannya.
Dalam
masa yang sama, bagi menunjukkan beliau masih pemimpin yang tegas dan
kononnya berwibawa, semalam juga Najib mengumumkan untuk meneruskan
tindakan saman yang diambilnya terhadap Tony Pua, Setiausaha Publisiti
DAP berkaitan 1MDB yang sebenarnya sudah lama diancamnya sebelum ini.
Beberapa
bulan lalu, Najib telah mengumumkan mahu mengambil tindakan saman
terhadap Tony Pua jika enggan meminta maaf atau menarik balik kenyataan
yang dibuatnya berhubung 1MDB. Selain itu, Najib juga menghantar
ancaman yang sama kepada Rafizi Ramli, Harakahdaily dan Pengarah
Urusannya, Dr. Rosli Yaakob.
Meskipun
Tony Pua sejak awal mengatakan tidak akan meminta maaf atau menarik
balik kenyataannya, persoalannya kenapa baru semalam tindakan saman itu
diteruskan? Kenapa tidak sebelum ini?
Apakah tindakan saman ini untuk menunjuk-nunjuk kepada Ketua UMNO Bahagian yang bakal berhimpun pada 8 Mac ini mengenai ketegasan kepimpinannya dan tindakannya yang tidak mengalah dalam isu1MDB yang menjadi perbualan hangat itu?
Adakah
tindakan saman ini akan menjadi "point" penting untuk memperolehi lebih
sokongan dan menjadikan jeritan "Hidup Najib" akan lebih bergema
daripada Ketua-Ketua Bahagian nanti?
Selain
urusan ke mahkamah boleh dilewat-lewatkan, perlu diingatkan bahawa UMNO
juga mempunyai sejarah pernah menarik balik tindakan saman terhadap
Tian Chua dalam isu Lahad Datu dan Mustafa Ali, Setiausaha Agung Pas
berkaitan isu penyebaran video lucah sebelum ini.
Mungkinkah saman Najib terhadap Tony Pua ini juga hanya acah-acah dan untuk menjaga hati Ketua-Ketua UMNO Bahagian sebelum 8 Mac ini saja?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan