Gambar Mr Os yang dikongsi di laman sosial
"MINTA tolong kawan-kawan sebarkan. Ayah saya Mr Os
masih lagi sihat walafiat. He's just going through minor surgery (Beliau
hanya menjalani pembedahan kecil)," kata anak perempuan Mr Os, Syafiqa
Hayra di laman mikro Twitter.Semalam, media sosial kecoh seketika dengan khabar angin mengatakan pelawak terkenal, Mr Os telah meninggal dunia.
Sementara itu, tinjauan Sinar Online di media sosial mendapati, turut terdapat perkongsian salinan paparan dari aplikasi Whatsapp yang mengatakan Mr Os meninggal dunia, namun dinafikan oleh seorang lelaki dipercayai anak Mr Os.
"Bapak aku belum meninggal lagi la," kata lelaki tersebut.
Realitinya, Mr Os atau nama sebenarnya Mohd Yusof Abdul Hamid, 54, sihat dan baru sahaja menjalani pembedahan akibat penyakit tonsil.
"Alhamdulillah rasa bertambah segar sikit badan teman hari ini. Terima kasih pada yang mendoakan..aaminn ya rob...pada yg dah ter'share' berita-berita palsu tu teman dah maafkan," tulis Mr Os di laman Facebook beliau.
"Kome pun maafkan la juga kesian kat dia, barang yang dah lepas jangan dikenang cuma jadikanlah ikhtibar bila nak share sesuatu berita tu pastikan kesahihannya dulu," tegasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan