KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat bulan ini akan menyaksikan pembentangan Rang Undang-undang Pencegahan Keganasan (POTA) khusus untuk menangani ancaman keganasan seperti kumpulan militan Negara Islam (IS).
zahid“Semalam Kabinet telah mendengar pembentangan draf rang undang-undang ini daripada Peguam Negara dan minggu depan ia akan dimuktamadkan sebelum saya membuat pembentangan di Dewan Rakyat,” kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas Majlis Aspresiasi Petugas Pengurusan Banjir Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) di Kelantan, Khamis.
Menurutnya, akta itu adalah undang-undang pencegahan daripada berlakunya sesuatu keganasan dan anggota IS rakyat Malaysia atau negara lain yang berada di negara ini akan dikenakan tindakan mengikut POTA.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan