THE MALAYSIAN INSIDER
Keluarga penumpang
pesawat MH370 – menggelar diri mereka Voice370 – menghantar surat
terbuka kepada kerajaan Malaysia, China dan Australia, minta menganalisa
semula dan mengeluarkan data satelit terdahulu dan sebarang maklumat,
ketika misi pencarian Boeing 777-200ER itu melepas tempoh dua bulan
tanpa hasil.
Voice270 berkata, ia mewakili lebih 300 ahli keluarga 227 penumpang dan
12 anak kapal dalam pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada 8 Mac
dan dianggap terhempas di Lautan Hindi.
Pada 28 April, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata pencarian
pesawat hilang itu memasuki “fasa baru” selepas operasi mencari bawah
laut tidak menemui apa-apa.
“Berikutan tiada bukti fizikal MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,
keluarga mendesak kesimpulan, berdasarkan data analisis Inmarsat,
menyatakan pesawat itu berakhir di lautan,” kata Voice370, menggesa tiga
kerajaan berkenaan untuk mempertimbang semula ketepatan data Inmarsat.
Pada 24 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata perjalanan
MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi dan kesimpulan tu dibuat
berdasarkan kepada data dan analisis daripada firma satelit British,
Inmarsat.
Voice370 berkata,”jika analisis Inmarsat tidak dapat mengenepikan
kemungkinan laluan pesawat lain, fakta itu perlu diambil kira”.
Pada Isnin, pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin
Hussein bertemu Menteri Pengangkutan China, Yang Chuantang dan Timbalan
Perdana Menteri Australia, Warren Truss untuk berbincang mengenai butir
terperinci status pencarian MH370 dan rancangan masa depan.
Mengulas pertemuan tiga pihak itu, Voice370 berkata kekurangan bukti
mengenai apa yang berlaku kepada MH370, Putrajaya patut “kongsi dan
mendedahkan data kasar ping yang diperolehi satelit Inmarsat untuk 9MMRO
(setiap ping dari Jumaat, 7 Mac tengah malam hingga isyarat terakhir),
bagi membolehkan analisis lebih luas dibuat oleh pakar berkenaan”.
Voice370 berkata, data Inmarsat hanya menunjukkan kemungkinan laluan
penerbangan ke selatan tetapi ia tidak memberikan kesimpulan tepat.
“Data satelit Inmarsat adalah satu-satunya petunjuk yang kita ada dan kunci untuk mengenal pasti laluan penerbangan MH370.
“Berikutan kekurangan pengaktifan pengesan transmitter kecemasan (ELT),
tiada serpihan dikesan, dan kekurangan ping yang meyakinkan, kami rasa
adalah perlu data itu diberikan kepada pihak ketiga untuk disemak,” kata
kumpulan itu.
Australia menubuhkan Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC), diketuai
Angus Houston dan beroperasi dari Perth, untuk mengetuai operasi
mencari di Lautan Hindi dan Voice370 mendesak JACC untuk berkongsi dan
memberikan data ping yang diterima daripada menara pinger pada April.
“Ping berkenaan dicirkan sebagai turun naik pada 33.3kHz dengan setiap
ping ialah berselang 1.106 saat. Ping itu tidak bersambungan dan jarak
paling jauh antara lokasi ping itu ialah kira-kira 24km.
“Rakaman ping itu adalah satu lagi bukti yang perlu disahkan, bukan
saja ketepatan kiraan Inmarsat tetapi juga untuk membuktikan tranmisi
itu dari perakam data pesawat,” katanya.
Sebagai sebahagian daripada tuntutan ketelusan, Voice370 berkata
Institusi Oseanografi Woods Hole (WHOI) patut dilibatkan untuk memegang
tanggungjawab bagi operasi mencari bawah laut dan menyelaras serta
menjalankan pencarian.
“WHOI bukan entiti komersial dan kenyaaan mengsan pesawat 447 Air
France menunjukkan ia berpengalaman dan ada kepakaran untuk menjalankan
misi mencari MH370 mengikut etika,” katanya.
(Pesawat 447 terhempas di Lautan Atlantik pada 2009 dan kotak hitamnya ditemui, dua tahun selepas itu).
Dalam mesyuarat pada Isnin, Australia, China dan Malaysia berjanji
untuk tidak menghentikan pencarian MH370, di sebalik timbulnya persoalan
mengenai bagaimana untuk meneruskan misi itu dan siapa yang akan
membayar perbelanjaan yang semakin meningkat.
Dengan operasi mencari di udara dan daratan dihentikan, fasa baru untuk
mencari MH370 akan membabitkan kos A$60 juta (RM180 juta) bermula
selepas data visual dan sonar dianalisis dan kontraktor mendapati ada
keperluan untuk menyewa kelengkapan canggih, lapor Reuters.
Pakar mengecilkan kawasan mencari di mana pesawat itu diandaikan
terhempas ke kawasan lengkung di Lautan Hindi kira-kira 1,600km barat
laut Perth.
No comments:
Post a Comment