Selasa, 22 April 2014

Rafizi dilarang masuki Sarawak lagi

MALAYSIAKINI



Pemimpin PKR Sarawak hari ini mengecam tindakan Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem (bawah) ekoran larangan terbaru memasuki negeri itu yang dikenakan terhadap pengarah strateginya Rafizi Ramli.

Mereka mendakwa Adenan mengamalkan pilih bulu tetapi dalam masa yang sama didakwa membiarkan pelampau kaum dan agama memasuki Bumi Kenyalang itu.

Rafizi tiba pada jam 6.20 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching dan dihantar pulang 30 minit kemudian oleh pegawai Jabatan Imigresen.

Larangan itu yang kedua terhadap pemimpin muda popular PKR itu.

Minggu lalu, semasa kempen pilihan raya kecil Balingian, beliau menghadapi larangan sama bersama Naib Presiden PKR Tian Chua, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin dan Setiausaha Agung Saifuddin Nasution.

Larangan terhadap Zuraida ditarik balik ketika beliau tiba di Kuching pada Sabtu, tetapi tidak buat Rafizi.

“Jelas sekali, Adenan mengamalkan pilih kasih, dan apa yang dilakukannyanya bersifat politik,” kata Pengerusi PKR Sarawak Baru Bian.

“Dia nampaknya lebih gugup berdepan pemimpin PKR berbanding bekas ketua menteri Tan Sri Taib Mahmud.”

Tiada ulasan: