Isnin, 28 April 2014

Obama perlu beritahu Najib, rekod hak asasi manusia Malaysia teruk

KEADILAN DAILY

ai_USA 
KUALA LUMPUR: Amnesty International (AI) Amerika Syarikat, mendesak Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama bersuara kepada pihak berkuasa Malaysia mengenai isu pelanggaran hak asasi manusi di negara ini.

Pengarah Advokasi Antarabangsa, T Kumar turut mendesak Obama untuk menggesa Malaysia menuntut pemansuhan undang-undang yang digunakan pihak berkuasa Malaysia untuk menangkap dan memenjarakan aktivis dan pembela hak asasi manusia.

“Ini termasuk Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Akta Mesin Cetak & Akta Penerbitan dan Akta Perhimpunan Aman.

“Lawatan Presiden Obama ke Malaysia boleh mewujudkan peluang penting untuk menolak penyalahgunaan kuasa oleh pihak berkuasa Malaysia dalam menjamin hak asasi manusia.

“Hak asasi manusia di Malaysia semakin teruk dan Presiden Obama perlu bersuara bagi hak rakyat yang sedang didiamkan pemerintah Malaysia,” kata Kumar.

Dalam pada itu, Amnesty International turut menggesa Obama melihat keputusan Mahkamah Rayuan menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Fitnah II yang jelas bermotif politik.

“Pemerintah (Malaysia) bertahun secara terang-terangan menyerang suara pembangkang yang penting.

“Presiden Obama perlu beritahu Perdana Menteri Malaysia Najib Razak secukupnya supaya rekod hak asasi manusia di Malaysia dibaiki,” ujarnya.

Tiada ulasan: