Isnin, 28 April 2014

Pelakon Sidek Hussain Meninggal Dunia

alt
 
Radhi Razak 


KUALA LUMPUR  - Pelakon drama, Sidek Hussain disahkan meninggal dunia malam tadi setelah sekian lama menderita akibat ketumbuhan di bahagian pipinya sehingga menyebabkan kanser pada tahap empat.

Sidek, 63, yang kembali ke rahmatullah sekitar jam 11:55 malam tadi  di Hospital Kuala Lumpur  telah mengalami kompilasi kanser yang agak serius di seluruh badannya

Ketumbuhan yang mencapai berat dua kilogram itu pada peringkat permulaannya muncul ketika Sidek berusia dalam lingkungan 20-an.

Allahyarham pernah mendapatkan rawatan pakar di Hospital Sungai Buloh bagi menjalani pembedahan tetapi tidak berjaya kerana berisiko  tinggi.

Selain kanser berkenaan, beliau turut mengalami masalah jantung dan paru-paru.

Tiada ulasan: