MCA mengumumkan parti itu akan tetap meletakkan calon untuk bertanding
dalam pilihan raya kecil Bukit Gelugor walaupun sebilangan pemimpinnya
tidak bersetuju.
Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan, MCA akan mengemukakan senarai pendek calonnya kepada perdana menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak tidak lama lagi.
Pilihan raya kecil 25 Mei itu diadakan susulan tragedi yang menyebabkan penyandangnya Karpal Singh terbunuh dalam kemalangan jalan raya, 17 April lalu.
Beberapa pihak dalam MCA menyatakan pandangan agar parti itu tidak bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut kerana ia diramalkan akan menyebabkan parti komponen BN itu kalah lebih teruk kali ini.
Dalam pilihan raya umum lalu, mendiang Karpal yang dikenali dengan nama jolokan Harimau Jelutong menewaskan pencabarnya dari MCA dengan majoriti lebih 40,000 undi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan