Rabu, 30 April 2014

Rakyat rasa Putrajaya masih korup, kata Ideas

OLEH ELIZABETH ZACHARIAH


Wan Saiful Wan Jan berkata kebanyakan rakyat percaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih menjadi isu kritikal meskipun banyak usaha dan inisiatif dilakukan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 April, 2014.Wan Saiful Wan Jan berkata kebanyakan rakyat percaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih menjadi isu kritikal meskipun banyak usaha dan inisiatif dilakukan kerajaan. – Gambar fail The Malaysian Insider



Rakyat Malaysia masih bersikap skeptikal terhadap usaha Putrajaya membasmi rasuah dan amalan integriti meskipun pelbagai program dilaksanakan, kata pakar analisis dalam satu forum hari ini.

Ketua Pengarah Eksekutif Institute for Democracy and Economic Affairs (Ideas), Wan Saiful Wan Jan berkata, kebanyakan rakyat percaya rasuah dan penyalahgunaan kuasa masih menjadi isu kritikal meskipun usaha dan inisiatif yang dilakukan kerajaan bagi membanteras perkara itu.

"Rasuah masih lagi menjadi isu. Jadi, meskipun pelbagai inisiatif kerajaan, rakyat masih berasa negara ini korup.

"Terdapat skeptisme betapa serius kerajaan menangani perkara ini," katanya dalam forum integriti di Institut Integriti Malaysia di Kuala Lumpur.

Beliau berkata, kedudukan tinggi skeptisme terhadap usaha kerajaan disebabkan tiada usaha sebenar membanteras rasuah antara kerajaan dan agensi di bawahnya.

"Ia umpama apabila kerajaan bercakap soal pembentukan Pergerakan Kesederhanaan Global (GMM), yang merupakan inisiatif terbaik untuk mencapai tahap kesederhanaan," kata Wan Saiful merujuk kepada badan pemikir yang ditubuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 2010.

"Namun rakyat mempersendakan GMM. Mereka kata kenapa promosikan kesederhanaan di luar negara sedangkan kerajaan tidak mengambil tindakan terhadap ekstremis di dalam negara?"

Rakyat Malaysia tambahnya, letih dengan ahli politik kedua-dua pihak yang menuntut ketelusan sedangkan mereka sendiri korup.

Panel lain dalam forum itu termasuklah Pengerusi Media Prima Datuk Johan Jaafar dan Duta Denmark ke Malaysia Nicolai Ruge, berkata budaya politik inklusif merupakan alasan Denmark menjadi antara negara mempunyai kadar rasuah terendah.

Denmark berkongsi dengan New Zealand menduduki tempat pertama sebagai negara terendah dalam ranking dunia terlibat rasuah dalam Indeks Persepsi Rasuah oleh Transparency International, dengan 91 daripada 100 mata.

Malaysia berada di kedudukan 53 dengan 50 mata daripada 177 buah negara terlibat.

"Itu juga kerajaan pemisahan kuasa yang kuat (penghakiman dan eksekutif) termasuk budaya tidak berpolitik pentadbiran awam," katanya.

Dalam ucapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low berkata, rakyat menuntut akauntabiliti yang lebih besar dan ketelusan daripada kerajaan termasuk meningkatkan kesedaran rasuah.

"Rakyat bersedia turun ke jalanan menyuarakan kemarahan mereka terhadap rejim yang gagal. Kita pernah menyaksikan Arab Spring, di Greece dan kini di Ukrain," kata bekas Presiden TI-M itu

Tiada ulasan: