Isnin, 28 April 2014

JPP akan tentukan tindakan Fuziah, kata PKR Pahang

Fuziah didakwa menghalang ahli PKR daripada mengundi dalam pemilihan cabang Kuantan yang diadakan semalam.
Fuziah Salleh

PETALING JAYA: Tindakan Ketua PKR Cabang Kuantan Fuziah Salleh yang didakwa menghalang ahli daripada mengundi dalam pemilihan parti semalam akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) yang diketuai Datuk Johari Abdul.
Ketua Penerangan PKR Pahang, Razali Alias berkata, pihaknya tidak mempunyai kuasa mengambil tindakan ke atas kes itu.

“Kita serahkan kepada JPP kerana mereka yang mempunyai kuasa dan bertanggungjawab dalam kes tersebut.

“Mereka (JPP) mempunyai kelayakan dan berkuasa, kita tengok nanti,” kata beliau ketika dihubungi.
Fuziah yang juga ahli parlimen Kuantan didakwa  menghalang ahli PKR daripada mengundi dalam pemilihan cabang Kuantan yang diadakan semalam.

Razali berkata, ahIi PKR yang dihalang itu ialah Mohd Shukri Mohd Ramli, bekas calon bebas kerusi negeri Semambu.

Beliau merupakan bekas ahli PKR Kuantan.

`Calon bebas’

“Fuziah bertindak kerana Mohd Shukri telah menjadi calon bebas telah dipecat dari PKR. Mohd Shukri melanggar perlembagaan parti kerana menjadi calon bebas dan menentang calon PKR.

“Bagaimanapun, tidak ada surat pemecatan dikeluarkan kepada Mohd Shukri. Senarai pemilih menunjukkan namanya masih ada,” kata Razali lagi.

Sementara itu Mohd Shukri berkata, beliau dihalang dan dihalau dari membuang undi di Pejabat PKR Kuantan.

“Soal saya masih PKR atau tidak bukan Fuziah yang tentukan tapi JPP,” katanya dalam blognya.
Mohd Shukri menambah, seburuk-buruk SPR, mereka tidak pernah halang pengundi berdaftar mengundi.

Katanya, semakan di kaunter nama saya masa ada wujud dan layak mengundi.

“Kalau saya tanding bebas pun, ramai lagi yang tanding bebas dan masih ada nama dalam parti.
“Kat cabang Indera Mahkota ada yang dah declare (isytihar) masuk Umno, MIC dan lain-lain pun dibenarkan mengundi tadi.

“Tapi di cabang Kuantan, Fuziah halau saya, dia calon bukan JPP. Fuziah dah langgar peraturan dan saya akan bawa isu ini kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk tindakan selanjutnya,” tambah Mohd Shukri.

Tiada ulasan: