Ahad, 27 April 2014

Terkena Batang Hidung: Rumah Anak Menteri Berlaku Kecurian, Jenayah Menurun?

KELAB GREENBOC


Zahid sahkan berlaku kecurian di rumah anak sulungnya


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengesahkan berlaku kecurian di rumah anak sulungnya, Nurul Hidayah, di Country Heights Kajang.

Beliau bagaimanapun berkata tiada sebarang kesan pecah masuk dalam kejadian itu.

"Ya (ada kecurian), barang sahaja yang hilang, tapi pintu tidak pecah, tingkap juga tidak pecah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pertubuhan Keprihatinan Jenayah Komuniti Malaysia (MCCC) di Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Abdul Rashid Abdul Wahab turut mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan, dan berkata antara barang yang hilang ialah dua jam tangan serta wang tunai RM1,000.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan.

Nurul Hidayah, 35, yang merupakan Naib Presiden Bahagian Perhubungan Awam Syarikat Perumahan Negara Berhad dan aktif dalam aktiviti kemasyarakatan serta politik, juga pernah menyatakan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang pada Mac lalu, sebelum menarik diri. – Bernama

ULASAN GB

Berulang kali GB sudah katakan tapi Menteri KDN, Pemandu dan KPN masih bertegas menyatakan kadar jenayah dah turun.

Petikan ulasan GB yang lalu


Sekarang satu demi satu terkena batang hidung, beberapa hari lepas Bekas ketua Wanita UMNO Bukit hangus mati ditikam, pada bulan lalu banglo Rahim Tamby Chik diceroboh, dari berita di atas rumah bekas Ketua Polis Melaka dan jirannya di Taman Sentosa kena rompak dan kini rumah exco di pecahmasuk. Beberapa rumah artis juga menjadi sasaran seperti Wardina, Mawi dan terbaru rumah Aznil dan Imuda.

Kebenaran itu tidak boleh disembunyi atau ditipu. Ia akan muncul juga bahawa kadar jenayah tidak turun seperti yang digembar-gemburkan.

PDRM nampak gayanya lebih memberi tumpuan untuk menyekat demonstrasi aman GST oleh rakyat pada 1 Mei akan datang ini.

Sedangkan persoalan jenayah diabaikan dan dipandang remeh.

Kita bukan nak mentertawakan menteri berkenaan apabila rumah anaknya mengalamai kecurian, tetapi kita ingin mengingatkan polis yang berada di bawah kementeriannya supaya berkhidmat mengekang jenayah, bukannya menyekat demonstrasi aman oleh rakyat yang kini begitu tertekan kehidupannya oleh dasar-dasar kerajaan.

Tiada ulasan: