MALAYSIAKINI
Selepas lawatan kilat Presiden Barack Obama ke Malaysia hujung minggu
lalu, pelbagai analisis dibuat berkaitan kesannya kepada keadaan sosial,
ekonomi dan politik.
Tetapi teguran paling kasar, terutamanya pada Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Razak, dibuat oleh anggota Parlimen DAP Ariff Sabri.
Memfokuskan
bagaimana presiden Amerika Syarikat menggambarkan Najib sebagai seorang
yang mempunyai naluri untuk perpaduan dan kesederhanaan, pemimpin
pembangkang itu berkata:
“Ia cara paling diplomasi untuk mengatakan – Saya rasa kamu tak berguna.”
Menurut Ariff, kenyataan itu dibuat bagi mengesahkan bahawa Najib bukan
pemimpin rasional yang percaya arah masa depan melalui kesederhanaan dan
perpaduan.
“Naluri seperti yang kita tahu berkait dengan haiwan yang tidak berfikir tetapi bertindak menurut naluri dan gerak hati.
“Jadi apa yang Obama kata, kecerdasan fikiran Najib sama tahapnya dengan
haiwan seperti cimpanzi dan orang utan,” tulisnya dalam blog.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan