Ibarat lagu popular lagenda seniman
tanahair, Allahyarham Tan Sri Sudirman Haji Arshad iaitu “Merisik
khabar”. Di mana bait-bait lagu “terkapar-kapar ku kelemasan” cukup
sesuai dengan situasi Proton hari ini. Terbaru….
Terbaru, Pengerusi Proton Tan Sri Mohd
Khamil Jamil yang telah “berjaya” memiliki jenama nasional iaitu Proton
melalui DRB Hicom Berhad ke atas syarikat Proton Holdings Bhd mula
mengadu nasib mereka kepada umum melihatkan prestasi jualan model kereta
Proton mereka:
Prestasi Jualan Proton
Ini antara sebahagian kenyataan media Pengerusi Proton Tan Sri Mohd Khamil Jamil mengenai situasi Proton hari ini….
- berharap dapat meningkatkan jumlah eksport dengan memberi tumpuan kepada pasaran utamanya, yang termasuk United Kingdom , Australia dan Mesir.
- Proton Holdings Bhd telah mengeksport model kereta mereka sejak 1986, yang terkini telah dijual di lebih daripada 25 buah negara.
- Malangnya, sumber perolehan daripada pasaran luar negara masih di bawah 5%
- Proton melancarkan model pertama, Proton Saga, pada tahun 1985, sebahagian besarnya hanya bergantung pada pasaran domestik.
- Pada tahun 2002, Proton telah berjaya menjual 214,985 kenderaan, iaitu 49,43% daripada jumlah jualan kenderaan di Malaysia.
- Malangnya buat Proton, apabila dek kerana rakyat Malaysia mula buka mata dan melihat pelbagai aspek termasuk aspek cukai kereta, perbandingan dengan kualiti & harga kereta import yang dibawa masuk ke Malaysia ditambah dengan persaingan daripada pembuat kereta asing, persepsi orang ramai, jumlah jualan kenderaan Proton telah menurun
- Pada tahun 2012, Proton hanya berjaya menjual 141,121 kenderaan yang menyumbang bahagian pasaran sebanyak 22.5% sahaja
- Pada tahun 2013, jualan terus menurun dengan jualan 138,730 unit (21.2% saiz pasaran di Malaysia)
Khamil berkata Proton sedang mencari jalan untuk mengembangkan dan menjimatkan kos.Ini termasuk penyeragaman alat ganti kereta.” Ini akan memberikan skala ekonomi yang akan kos akhirnya lebih rendah. Keuntungan kami mengecut dengan kenaikan kos. Bagi SV Saga baru 1.3, keuntungan bersih adalah di bawah RM500 dan ia adalah mengejutkan.
RM500 untung bersih jual kereta? Lawak apakah ini Tan Sri? Fakta atau auta?
“Kita mesti menghasilkan nilai bagi wang untuk kereta dan terus menambah ciri-ciri keselamatan. Teknologi terkini kami memberi tumpuan kepada keselamatan penumpang, seperti enjin drop-down apabila kesan daripada kemalangan. Ini mengurangkan peluang maut.“Kami mempunyai jurutera dan pereka yang bekerja ke atas kereta Proton peringkat tinggi. Hari ini, kita mendengar lebih sedikit aduan mengenai kereta Proton, ” katanya pada majlis perasmian bilik pameran Lotus 4S di sini, baru-baru ini .Khamil berkata Proton juga sedang semula kepentingan perniagaannya dengan pelancaran model-model baru untuk meningkatkan jualan dan keuntungan.“Proton untuk semua orang. Ramai warga kota membeli kereta Proton kerana mereka percaya dalam produk dan teknologi. Tetapi masih, ada orang yang mengatakan kereta kita mahal kerana ia dihasilkan dalam negara. Ia agak mustahil untuk harga kereta yang lebih rendah dengan kenaikan kos menjalankan perniagaan.“Lihat masyarakat Jepun dan bagaimana mereka menyokong pembuat kereta mereka. Contoh lain ialah Korea Selatan, yang menyokong pemain tempatan seperti Samsung dan Daewoo. Saya tidak faham mengapa rakyat Malaysia tidak menyokong Proton, “kata Khamil.
Bagi Berita Semasa sendiri Proton perlu
sedar, permintaan pengguna semakin kompleks hari ini. Tidak mahu kereta
sub-standard seperti di zaman tahun 80an dan 90an, banyak pilihan di
kalangan jenama yang lebih baik hari ini. Mereka ada pilihan.
Proton Mengkhianati Kepercayaan Pengguna & Pembeli
Lagipun Proton bukan semua syarikat
kebajikan untuk rakyat tolong dan bantu. Anda keluarkan produk yang
bagus pada harga yang kompetitif, pastinya saiz pasaran model kereta
anda akan melonjak semula. Kepada Tan Sri Mohd Khamil Jamil merangkap
Pengerusi Proton :
- Orang KOREA beli motokar buatan KOREA bukan kerana PATRIOTIK.
- Ia kerana mutu atau kualitinya sama naik dengan yang diimport.
- Itu sebablah jenama motokar Korea boleh “bertahan” di pasaran luar yang kita ketahui cukup kejam terutamanya melibatkan syarikat motokar yang tidak memenuhi kehendak pengguna di luar sana.
Pada pemerhatian Berita Semasa, rakyat
malaysia rasa dikhianati Proton apabila beli Proton Wira dan Gen2
contohnya. Proton ambil kesempatan terhadap sokongan rakyat
tidak berbelah bagi kepada Proton semasa penjualan WIRA. Apabila sudah kecewa, susah untuk dapatkan kepercayaan balik. Dalam syarikat luar berlumba-lumba menghasilkan & menawarkan model terbaik mereka kepada pengguna.
Cara Meningkatkan Kembali Kepercayaan Modle Kereta Proton?
Cadangan Berita Semasa terpulang kepada
Proton untuk melaksanakannya atau tidak, turunkan harga tanpa
mengabaikan aspek kualiti kepada pengguna. Inilah “harga yang perlu dibayar”
oleh Proton bagi menebus kembali tindakan Proton sebelum ini jika
benar-benar bercita-cita besar untuk meningkatkan saiz pasaran jualan
kereta mereka di Malaysia pada masa akan datang. Bagi Berita Semasa
kualiti produk Proton ada peningkatan tetapi dihimpit masalah
kepercayaan daripada rekod buruk Proton sebelum ini.
- Soalan Tan Sri Mohd Khamil Jamil kepada rakyat Malaysia : “Kenapa rakyat Malaysia tidak mahu beli motokar keluaran PROTON”. Mengapa?
- Soalan Berita Semasa kepada Tan Sri Mohd Khamil Jamil : “Tan Sri Mohd Khamil Jamil…..kami tidak nampak pun model kereta kebangaan Proton di rumah Tan Sri di Kemensah. Hanya kelihatan model kereta Audi dan deretan kereta import yang lain. Mengapa Tan Sri? Di mana nilai model kereta Proton di garaj rumah Tan Sri?
P/S : Proton mengatakan sudah bersiap
siaga dengan “globalization” & “free market”. Tetapi masih lagi
mengeluarkan kenyataan seperti ini. Ermmmm…….Masih mengharapkan tongkat
berterusan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan