MALAYSIAKINI
Jika desakan ke arah pelaksanaan hudud di Kelantan berjaya dilakukan
melalui Parlimen, ia akan mencetuskan “krisis perlembagaan” di negara
ini, kata Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang.
Langkah itu akan membentuk "dua set undang-undang jenayah" di negara ini, Tan (kiri) berkata demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.
"Tiada peruntukan untuk perlaksanaan hudud di bawah perlembagaan
persekutuan negara kita dan ia tidak pernah dipersetujui sejak Malaysia
dibentuk," katanya.
Tan berkata demikian ekoran usah PAS membentangkan rang undang-undang
persendirian bagi memberi laluan ke arah pelaksanaan hukum Islam itu
dibuat, kemungkinan pada Jun.
Tan juga mengingatkan orang ramai bahawa menolak hudud bukan bermaksud “menentang undang-undang Islam dan prinsipnya”.
“Ia persoalan sama ada praktikal melakukannya dan patutkan melepaskan prinsip dalam perlembagaan persekutuan,” tambahnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan