Teresa Kok wakil DAP. |
Menurut laporan, individu yang hadir ialah; Naib Presiden PKR Tian Chua, anggota MPP Sivarasah Rasiah manakala dari DAP Timbalan Setiausaha Agung Ngeh Khoo Ham, ahli parlimen Kluang Liew Ching Tong dan ahli parlimen Seputeh Teresa Kok.
Pihak Pas atau kerajaan negeri Kelantan pula diwakil sendiri oleh MB, Ahmad Yaakub dan timbalannya Mohd Amar Nik Abdullah.
Harap-harapnya penjelasan itu dapat memberi pencerahan dan isu hudud tidak mengalukan lagi dalam Pakatan Rakyat sehingga menggusarkan ahli dan penyokong.
Pihak Ahmad Yaakub dikatakan berpuas hati dengan pertemuan awal itu.
Pihak PKR dan DAP dilaporkan menimbulkan beberapa perkara berhubung isu itu, antaranya Liew Ching Tong mengingatkan kerajaan Kelantan, hukum hudud bukan agenda bersama dalam Pakatan Rakyat. Apa yang beliau ingin tegaskan bahawa hukum hudud tidak menjadi tanggungjawab Pakatan Rakyat. Apakah Ahmad dan Nik Amar mengerti hal ini?
Benar, soal hukum hudud tidak ada termeterai dengan apa-apa konotasi dan istilah pun di dalam manifesto Pakatan Rakyat. Apa yang diakui ketiga parti menghormati dasar perjuangan masing-masing. Maka Hudud itu pun adalah istimewa untuk Kelantan sahaja. Jadi Kelantan berhak melaksanakannya kalau ia sudah bersedia. Kerana hudud itu adalah antara matlamat dan aspirasi perjuangan Pas.
Diharap ahli parlimen Kluang itu memahami tanggungjawab kerajaan Kelantan dan juga tanggungjawab agama Pas sebagai penguasa Kelantan. Maksudnya kalau kerajaan Kelantan melaksanakan hukum hudud, hanya terbatas di negeri berkenaan sahaja. Hakikat ini sangat perlu dimengertikan dan tidak kabur dengan karut marut dimainkan Umno.
Bagaimana pun penjelasan pihak Kelantan kepada Teresa Kok, yang hudud perlu dilaksanakan di Kelantan adalah kerana hendak menyelamatkan undi Melayu bagi Pas, sesuatu jawaban yang tidak bijak sama sekali. Ini melemahkan daya politik orang yang menjawab dalam pertemuan itu. Apakah ia dijawab oleh Ahmad Yaakub atau Nik Amar?
Jawaban dangkal sekali dan ia kontras dengan suara hati Pas sendiri termasuk "presideng", yang bertegas untuk laksanakan hudud kerana ia adalah perintah Allah walaupun tanpa sokongan DAP dan PKR. Aduh...! Oleh itu tidak sepatutnya pihak kerajaan Kelantan menjelaskan kepada Teresa Kok pelaksanaannya kerana untuk mendapatkan undi.
"Pemimpin Pas memberi tahu kami kesukaran mereka dalam berdepan masyarakat kampung Melayu kerana Umno menguar-uarkan dakwaan mereka dikawal DAP.
"Mereka kata tidak boleh berdiam diri setelah menerima cabaran yang diberikan oleh Umno dalam isu hudud.
"Jika tidak respon dalam keadaan ini maka lebih banyak undi akan hilang." Demikian beritahu Teresa Kok seperti mana dilapor sebuah portal.
Saya berharap kata-kata Terasa yang dipetik itu tidak benar. Kalau benar apa dijelaskan Terasa itu diucap pemimpin Pas Kelantan, maka jelas pemimpin Pas cakap tidak ikhlas dan tidak konsisten. Ia juga menampakkan yang kerajaan Kelantan memang benar-benar takutkan kepada DAP seperti mana dituduh Umno selama ini.
Pendedahan Terasa itu menyebabkan orang ramai bukan sahaja setakat tersenyum, tetapi boleh ketawa terbahak-bahak, mengenang dolak dalih dan silat politik Pas Kelantan tentang hukum hudud. Keadaan itu juga menyebabkan orang boleh pertikaikan keikhlasan Pas mengenai hudud. Kenapa Pas tidak menegaskan di hadapan wakil DAP dan PKR bahawa hudud harus dilaksanakan kerana itu adalah kehendak Quran? Apa malukah untuk menyebut Quran? Begero.
Sikap beralasan dan malu alah tidak bertempat beginilah yang akhirnya menyusahkan diri sendiri dan mengelirukan orang ramai.
Sekiranya kita tidak dapat mempertahankan pendirian dan sikap kita dalam sesuatu perkara, baik jangan mula daripada awal. Jika takut kehilang jawatan jangan melempar cabaran! Bila kita sudah mula dan orang serang dan goyang kita, kita goyah maka ke mana maruah hendak diletakkan. Sikap beginilah tanda-tanda lemah dan keringnya integriti seseorang pemimpin.
Cuba ambil sikap Nik Aziz yang tetap tegas dengan pendiriannya mengenai hudud dan kebenciannya kepada Umno kerana parti itu tidak mahu mengambil Quran sebagai perlembagaan. Pergilah Muhyiddin Yassin atau Mahathir Mohamad sekali pun untuk 'mendongengkan' beliau, beliau tetap dengan pendiriannya.
Ok baiklah, kita terima Pas buat acsah-acah saja hendak laksanakan hukum hudud, kerana nak selamat undi Melayu, helah itu bagus dari segi politik. Tetapi apakah Pas khasnya Ahmad Yaakub dan Nik Amar tidak fikir yang Pas juga akan kehilangan undi dari bukan Islam gara-gara daripada kenyataanya mengenai hukum hudud itu? Apakah terlupa untuk hitung perkara ini.
Sekali lagi situasi menjelaskan bahawa kedua pemimpin itu (AYMA) bercakap tanpa membuat penyelidikan dan kajian tentang untung nasib partinya. Saya katakan kalau kerajaan Kelantan hendak melaksanakan hukum hudud dengan kuasa politik, mereka harus peka dan memahami politik. Kalau tidak hudud itu akan jadi angan-angan saja lah.
Justeru sebelum kita membuat sesuatu kenyataan kena fikir banyak kali. Macam kita keluar dari bank selepas keluar duitlah, ratusan ribu misalnya duit komisyen kawasan balak, jual tanah dan lombong, kena bilang banyak kali untuk memastikan ianya tidak "mipat". Begitu juga dalam politik. Jangan berdolak dalih dan mudah membuat kenyataan kerana semua aksi dan percakapan kita direkod.
Hari ini rekod dari manusia perlu ditakuti daripada rekod malaikat kerana rekod malaikat hanya akan didedah selepas mati besok. Tetapi rekod manusia akan terdedah bila-bila masa sahaja
Tiada ulasan:
Catat Ulasan