MALAYSIAKINI
Pergerakan Pemuda Umno hari ini mengumumkan penubuhan Majlis Ulama
Pemuda Umno yang bertindak sebagai penasihat hal ehwal agama bagi sayap
itu.
Naib Ketuanya Khairul Azwan Harun berkata Majlis Ulama itu diketuai oleh Exco Pergerakan Pemuda Umno Fathul Bari Mat Jahya.
Majlis Ulama itu akan diletakkan di bawah Akademi Pemuda Umno bagi
membolehkan pelajar bidang agama di luar negara menyumbangkan idea
kepada Umno selepas tamat pengajian, katanya dalam sidang akhbar di
Menara Dato' Onn di Kuala Lumpur, hari ini.
Pada 13 hingga 16 April lepas, Pemuda Umno mengadakan lawatan ke Turki,
Jordan dan Arab Saudi untuk menjalinkan kerjasama dengan Pergerakan
Pemuda Parti AP di Ankara dan bertemu persatuan pelajar Malaysia di
negara berkenaan.
Dalam perkembangan lain, beliau meminta rakyat Selangor melaksanakan
satu referendum sebagai bantahan terhadap kegagalan kerajaan negeri itu
menyelesaikan krisis air.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan