Ahad, 27 April 2014

Obama datang ke negara ini bukan hendak tengok panorama



Oleh Mohd Sayuti Omar


Kunjungan Presiden Barack Obama ke negara  "tigatujuhkosong" ini disambutkan hebat oleh sesetengah rakyat Malaysia. Bagi pemimpin kerajaan pula kesudian Obama menyinggahi negara ini satu sejarah dan memberi kredit besar kepada Najib Razak selaku perdana menteri dan kerajaannya. Mengapa tidak, sejak tahun 1963, pertama kali seorang presiden Amerika, Lyndon B Johson menjejak kaki ke bumi ini, inilah pula presiden Amerika (Obama) ke dua yang datang ke sini

Khairy pun masuk dalam twiter gambar kereta Obama.

Sudah tentulah kedatangan dianggap bersejarah itu diraikan demikian rupa, ia bagaikan sebuah "jenawari" besar. Kedatangan Obama itu bagaikan hadirnya seorang maharaja yang menguasai seluruh lautan yang datang dengan kapal besar. Ia disambut bak kata orang tua-tua tidak cukup telapak tangan dengan nyiru ditadahkan.

Semua orang kampung dan bandar teruja dengan kehadiran itu. Maka berlumba-lumbalah untuk menyambut kedatangan serta melihat-lihat akan rupa parasnya. Yang buta datang dipimpin, yang kudung datang digendung. Ibu yang sedang mengeram anak di atas "gerai berdiang" pun datang meninggalkan anak semata-mata hendak menyambut kedatangan Obama.

Demikianlah yang berlaku di mana-mana negeri dan negara yang miskin yang tidak mempunyai kuasa super power dan bergantung harap kepada negara-negara atau kuasa besar seperti Amerika itu. Apabila pembesar negara itu berkunjung akan diberikan penghormatan sebanyak yang termampu. Samalah kalau pembesar negara kita mengunjungi negara miskin di Afrika sana, mereka akan disambut dan tapak kasut disapu-sapu agar tidak terlekat pasir dan tahi unta dan anjing.

Tidak cukup itu setesen telivesyen pula membuat siaran langsung. Para pengulas jenis pemakan jengko dan genuat bukan sahaja memperkatakan kehebatan Obama yang menjadi presiden dalam usia yang muda dan kehebatannya menggunakan kemudahan jaringan sosial (media baru) mencari pengaruhnya, tetapi lebih jauh dari itu bermadah dan bernasyid tentang segala kehebatan dan keistemewaanya.

Kononnya Obama adalah seorang presiden yang berbeza dengan presiden Amerika sebelum ini yang suka mengeksplotasikan keadaan demi bumi Amerika dan mahu menunjukkan kekuasaan Amerika. Kononnya Obama seorang presdien yang mempunyai nilai kemanusiaan yang tinggi dan tidak suka kepada kontroversi, membenci peperangan dan penganiayaan kepada manusia.

Perbandingan dibuat kononnya Obama yang dari parti Demokrat lebih lembut berbanding dengan preiden Amerika daripada parti Rupblikan. Pendeknya semua sudut dicari untuk memuji dan memuja Obama sebagai hebat. Kolar baju atau seluar dalam Obama pun, kalau boleh juga hendak dipuji sebagai cantik dan sendak? Apakah saiz seluar dalam Obama sama besar dengan saiz seluar dalam Setiausaha Agung Pas?

Keterujaan rakyat negara ini termasuk pemimpin sendiri, bukan saja kepada kehebatan kepimpinan Obama tetapi sampai kepada kapal terbang dan kereta rasmi yang dibawa dari Amerika juga dipuji kehairan-hairanan. Diberi ulasan dan penghuraian terperinci mengenai kehebatan dan kecanggihan kereta Bluefin-21 yang siap dengan sonar dan boleh menyelam ke dalam laut dan dilengkapi dengan segala kemudahan, keselamatan dan kesihatan untuk Obama. Di atas kereta itu juga ada bank darah yang sama jenis dengan darah Obama. Jenis XXO.

Mengenang lagak berlebihan diberikan kepada Obama, samalah orang kampung yang baru pertama kali melihat kapal atau jong yang terdampar dipantai. Di tilik segenap jerung, dijamah, dielus dan gosok bahkan ada yang menghidu-hidu dan mencium. Aummmm.... Saya percaya kalau Bluefin itu dibenarkan didekati oleh anak-anak negara "tigatujuhkosong" ada yang akan mengosok tayar dan menngucup-ngucupknya penuh kebangaan.

Demikianlah bangsa yang tidak tamadun sepenuhnya, akan mudah teruja dengana kehebatan orang lain hingga lupa kepada diri sendiri. Walhal di antara Obama dan Amerika dengan kita, jauh lebih bermaruah dan mulia kita, kerana kita menerima Islam sebagai agama.

Kunjungan seorang pembesar atau raja seperti Obama itu adalah sebahagian daripada tatacara sebuah negara. Hubungan diplomatik sebahagian daripada kehidupan bernegara. Kita akan mendapat manfaat daripada kelebihan yang ada kepada negara berkenaan. Dan sebagai negara kecil kita perlu mendapat bantuan negara besar. Ia tidak salah. Tetapi memberi kredit yang begitu besar dan melayani secara berlebih-lebihan, sehingga menampakkan sangat kebodohan kita, sesuatu yang tidak wajar dan bijak.

Kita kena tiru juga ketinggian budi dan prinsip yang diamalkan oleh Mahatma Gandhi. Beliau tidak akan membuang caparnya sewaktu menghadap ketua kolonial. Apabila orang bertanya kepadanya kenapa beliau tidak pakai "lawa-lawa" smrat, katanya itulah identiti dia dan bangsanya dan dia sangat mengkagumi kepada budayanya. Ternyata pertemuan tanpa mengikut costom Inggeris itu berjalan dengan lancar juga. Dan pendiriannya itulah menjadikan Mahatma Gandhi dikenang hingga ke hari ini.

Obama atau sesiapa boleh ke negara ini atas dasar persahabatan dan kedamaian. Tetapi kalau kita menerimanya tanpa ada apa-apa requets di dalam kepala sesuatu yang bahaya. Kita perlu berbangga dengan bangsa dan identiti kita sendiri. Era tunduk dan kagum kepada kolonial sudah berakhir. Kedudukan kita hari ini walaupun tidak sama taraf dari segi kekayaan, tetapi kita sudah punya aset sendiri. Hanya masalah kita tidak bijak menguruskan aset.

Ingatlah, walaupun siapa Obama dia tetap presiden Amerika. Kita kena perlu kenal siapa dia Amerika, sebuah negara yang dianggap sebagai polis dunia. Amerika menggunakan kekuataanya untuk menakluki negara-negara kecil demi kepentingannya. Ingat seperti mana kenal Umno itu walaupun siapa menjadi presidennya, ia tetap Umno.

Mengenai kesudian Obama singgah dan tidur di negara "tigatujuhkosong"  ini perlu dilihat lebih jauh dari tujuan beliau yang hendak menjalinkan persahabatan dalam hal ehwal perdagangan dan kemanusiaan. Apa yang perlu dilihat apakah tujuan disebalik kemurahan itu. Yang jelas dan pastinya Obama tidak akan datang ke sini kalau bukan kerana sesuatu tujuan.

Dari apa yang saya nampak, dengan menyusuli perjalanannya di Korea, China, Filipina adalah perjalanan untuk mencari kekuatan dan sokongan. Perjalanan Obama bukan untuk melihat keindahan panorama di Asia. Tanpa menyebut, hari ini Amerika begitu takut kepada China yang bangkit dalam kuasa perdagangan baru. Sebagai sebuah negara yang membentuk empayar, Obama dapat merasakan apakah akan berlaku unhtuk 50 dekad akan datang.

Unjuran yang dibuat oleh pakar ekonomi meletakkan China akan berada diatas Amerika dari segi ekonomi pada 2028 menjadi bayangan ketakutan Obama. Sebagai presiden yang akan tamat tempoh perkhidmatnya tidak lama lagi menjadi tugas Obama meletakkan Amerika di atas landasan benar sekiranya dia mahu dikenang oleh rakyat Uncle Sam itu.

Hari ini China sedang mengembangkan perdagangannya dalam serba serbi bidang. Negara-negara Asean sudah ditakluki dengan kuasa ekonominya. Bahkah penyumbang kepada perbendahraan kedua kepada Ameria juga ada perdagangan dari China. Semangat dua haiwan menjadi lambang kemuliaan dan kekuatannya, harimau dan naga sedang digerakkan. Obama sangat bimbang dengan apa yang sedang dilakukan China. Justeru beliau sudah dapat menghidu apa nasib diterima Amerika. Dalam keadaan Amerika sendiri ekonominya sedang berantakan, maka sesuatu perlu disiap-sediakan dari sekarang.

Dalam bacaan orang seperti Obama, bahawa penjajahan dan peperangan tidak akan berhenti. Perang dan penindasan akan berkembang selari dengan kemajuan manusia. Bagi falsafahnya peperangan dihalalkan untuk meneruskan keagungan. Peperangan merupakan jalan untuk survive sesebuah negara. Tidak mustahil apabila ketenataan Amnerika sudah sampai ke paras leher, peperangan harus dilancarkan juga. Untuk tujuan itu, Amerika dan Obama harus membuat persiapan ke arah kesimpulan dan keputusan yang amat dibenci dunia itu. Jadi kedatangan presiden Amerika ke negara ini adalah dalam rangka kempen untuk menguatkan kedudukannya atau dalam kata lain mengenal pasti dimanakah beliau hendak tumpang meletakkan meriamnya untuk berhadapan dengan perang.

Apa yang hendak disampikan di sini jangan rakyat negara ini menerima kedatangan Obama itu seperti kehadiran binntang bola sepak atau filem star bollywood atau hollywodd, kerana kedatangan seorang presiden membawa mesej peperangan bukannya kemanusiaan.
http://msomelayu.blogspot.com

Tiada ulasan: