Selasa, 29 April 2014

Dr M terus mengeluh tentang demo besar

MALAYSIAKINI



 


Semasa pentadbirannya, tiada protes jalanan berskala besar kecuali ketika musuh politiknya Datuk Seri Anwar Ibrahim dipecat sebagai timbalan perdana menteri.

Pengkritiknya mendakwa, ia ekoran Tun Dr Mahathir Mohamad memerintah secara kuku besi dan penentangnya akan merengkok dalam penjara.

Bagaimanapun, sejak beliau meletakkan jawatan pada 2003, protes jalanan menjadi perkara biasa dalam pentadbiran dua penggantinya selepas itu dan perkara itu sukar diterimanya.

Dalam blonya, bekas perdana menteri itu mencoretkan bagaimana demonstrasi yang dianjurkan bagi menggulingkan kerajaan yang dipilih.

Beliau sekali gus mengkritik kumpulan proreformasi sistem pilihan raya BERSIH.

“Setakat ini Malaysia masih bertahan daripada ketidakstabilan akibat demonstrasi jalanan berpanjangan. Tetapi tanda-tandanya sudah ada.

“Jelas sekali, terdapat rakyat Malaysia yang mahu menurunkan kerajaan yang dipilih melalui demonstrasi,” katanya.

Siri-siri demonstrasi BERSIH, tambah Dr Mahathir, jelas untuk membangkitkan sokongan awam dan mencemarkan nama baik kerajaan seterusnya menjatuhkannya.

Kumpulan NGO disokong pembangkang akan menganjurkan perhimpunan besar menentang cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada 1 Mei (Khamis) ini.

Tiada ulasan: