Selasa, 15 April 2014
Pakatan ke Sabah tinjau Esscom jadi gajah putih atau harimau tidak bertaring
Empat ahli Parlimen Pakatan Rakyat (PR) termasuk Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang mengadakan lawatan ke Sabah hari ini bagi melihat sendiri Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).
Lim berkata, kunjungannya ke Semporna turut disertai Ahli Parlimen Lumut, Mohamad Imran Abdul Hamid; Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Jimmy Wong dan Ahli Parlimen Sandakan, Stephen Wong.
"Ahli parlimen PR dan Barisan Nasional (BN) tidak mahu Esscom menjadi lawak termahal April Fool kerana dengan kos lebih RM300 juta, ia menjadi harimau tidak bertaring atau gajah putih yang tidak membawa makna kepada keselamatan timur Sabah.
"Jika Esscom bertanggungjawab dalam hal ehwal keselamatan, Ketua Pengarah Esscom, Datuk Mohamad Mentek perlu diberi kuasa eksekutif dan bukan hanya kuasa untuk mengkoordinasi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Lim pada minggu lalu menggelar kenyataan Mohamad sebagai lawak April Fool kerana kurang daripada 24 jam kenyataannya berhubung Esscom, dua mangsa diculik dan berjaya dilarikan dari Semporna. -
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan