MALAYSIAKINI
Satu laporan rangkaian CNN melaporkan, telefon bimbit milik pembantu
juruterbang penerbangan MH370 membuat sambungan dengan menara
telekomunikasi di Pulau Pinang, tetapi tiada tanda menunjukkan panggilan
dibuat.
Satu sumber rasmi Amerika Syarikat yang tidak dinamakan dalam laporan
itu memetik maklumat didakwa dikongsi oleh penyiasat Malaysia.
Sumber itu mendedahkan, menara komunikasi itu mengesan telefon bimbit
Fariq Ab Hamid membuat carian perkhidmatan selama 30 minit selepas
pesawat tersebut dilencongkan dari haluan asalnya pada 8 Mac.
"Jarang sekali, pada fikiran saya bagi seseorang dengan telefon bimbit
berada dalam kokpit... Ia tidak sepatutnya berlaku langsung.
“Ia sebahagian dari senarai semak setiap syarikat penerbangan yang saya
tahu,” kata David Soucie, seorang penganalisis keselaman yang dipetik
dalam laporan tersebut.
Akhbar New Straits Times pada hari Sabtu lalu melaporkan
mengenai sambungan telefon bimbit Fariq ke menara komunikasi yang
disifatkan sebagai “panggilan terdesak untuk meminta bantuan”.
Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek
menafikan bahawa Fariq membuat apa-apa penggilan dalam penerbangan
MH370.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan