Sunday, December 8, 2013

Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Dijangka Dilaksana Dengan Berkesan Pada April 2014

Muhyiddin Yassin. Foto: NORAFIFI EHSAN/The Star
 
MSTAR ONLINE
 
 
KUALA LUMPUR: Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dijangka dilaksanakan secara lebih berkesan pada April tahun depan bagi mengelak ia menjadi bebanan kepada guru.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan memberi jaminan bahawa sistem itu akan ditambah baik dan diperbaiki dengan kadar segera.

"Yang jadi masalah bukan dasar tetapi pelaksanaannya yang menjadi bebanan kepada guru-guru, saya ingin memberi jaminan bahawa perkara ini akan kita atasi dengan sebaiknya," katanya ketika menggulung perbahasan pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Sabtu.

Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan telah mengarahkan pihak kementerian supaya memperbaiki akses kepada sistem itu bagi guru-guru mengisi prestasi murid-murid tanpa sebarang masalah.

Sistem itu yang merupakan transformasi daripada berfokuskan peperiksaan kepada sistem pentaksiran pendidikan yang lebih holistik, didakwa membebankan guru ekoran sering tergendala menyebabkan data pelajar terpaksa dimasukkan pada lewat malam.

Bagi memperkasa pendidikan Islam, Muhyiddin berkata buat permulaan, modul pendidikan Islam Ulul Albab akan diperluaskan di sebuah sekolah agama terpilih di setiap negeri tahun depan.

"Pada masa ini ada empat buah sekolah agama bantuan kerajaan di Terengganu yang melaksanakan modul ini. Menerusi modul ini, selain dapat mempelajari mata pelajaran biasa, ia juga dapat disasarkan untuk khatam hafazan (Al-Quran) sebelum tamat SPM dan ini sebahagian besar yang dituntut masyarakat Islam di negara kita," katanya.

Beliau berkata program yang berasaskan prinsip quranik, ensiklopedik dan ijtihad itu diharap dapat membentuk pelajar yang bukan sahaja cemerlang pencapaian akademiknya, tetapi juga cemerlang penghayatan agama Islamnya.

Selain bercadang mewujudkan kolej komuniti Islam, kolej komuniti sedia ada juga akan diperluaskan peranannya dengan mengintegrasikan program latihan yangditawarkan kolej itu dengan pendidikan Islam sepanjang hayat.

"Setakat hari ini sudah wujud 85 kolej komuniti dan program-programberkaitan pendidikan Islam akan kita masukkan ke dalam program latihan di kolejberkenaan.

"Saranan saya ialah agar pendidikan Islam sepanjang hayat dijadikan dasarutama untuk menyebarluaskan pengetahuan ilmu kefahaman kita tentang Islam," kata Muhyiddin.

Mengenai Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang perlu ditambahbaik, beliau berkata kementerian akan memperhalusi kaedah pembayaran balik pinjaman termasuk dasar pinjaman boleh ubah.

"Ada yang mencadangkan kita perlu mengkajinya dan tidak semestinya mahasiswayang mendapat Ijazah kelas pertama sahaja yang layak diberi insentif pemotonganatau biasiswa.

"Tetapi juga pencapaian pelajar Bumiputera lain boleh diambil kira sebagaisatu cara bagi galakan kepada mereka, perkara ini akan kita perhalusi dan telitidan kita akan umumkan tidak lama lagi," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan agar Biro-biro Pendidikan Umno di semua bahagian mengambil peranan utama untuk terlibat secara langsung dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 dan menterjemahkannya di seluruh peringkat akar umbi.

"Ini kerana tiada seorang pun anggota kita yang terkecuali daripada mendapatkesan dan faedah dari PPPM," kata Muhyiddin.

Beliau berkata kerajaan juga tidak akan berdolak dalih malah akan terusmelaksanakan segala perakuan yang dibuat di dalam pelan itu walaupun ada pihakyang mempertikaikan pelaksanaannya.

"Saya selaku Menteri Pendidikan yang diberi amanah, tidak akan berdolak dalih dan akan terus melaksanakan PPPM tidak kira suara datang dari mana-mana pihak sekalipun.

"Ini kerana tujuan dan matlamat yang digariskan dalam pelan ini adalah untukmengangkat martabat masyarakat Malaysia ke tahap lebih tinggi menerusi sistempendidikan negara kita," katanya. BERNAMA

No comments: