Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata Pakatan Rakyat tidak harus bersikap "hipokrit" dalam isu kenaikan gaji wakil rakyat di negeri Selangor yang diumumkan minggu lalu.
Bercakap semasa merasmikan perhimpunan agung MIC di Melaka hari ini, Najib berkata, kenaikan gaji itu menjadikan gaji yang dipertua dewan hampir sama dengan gaji perdana menteri.
Katanya, Pakatan membantah apabila beliau membangkitkan di Parlimen mengenai kenaikan elaun MP, dua tahun lalu.
Tambahnya, Pakatan pada masa itu mendakwa diri mereka sebagai pejuang kepentingan rakyat.
"Sekarang, mereka hanya memperkayakan diri masing-masing sahaja," kata Najib.
Ucapannya itu bagaimanapun tidak mendapat sambutan oleh kira-kira 1,500 orang perwakilan yang tidak banyak bersorak.
Najib juga tidak mengumumkan apa-apa peruntukan khas kepada masyarakat India dalam ucapannya hari ini.
Presiden MIC Datuk Seri G Palanivel sebelum ini meminta Najib memperuntukkan RM3 bilion sebagai pinjaman mudah bagi masyarakat India.
No comments:
Post a Comment