Saturday, December 7, 2013

Menteri tak jawab status loji Lynas di Kuantan

Oleh Ainudin Othman


KUALA LUMPUR: Sikap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dibidas kerana enggan menjawab soalan berkaitan kesan operasi loji pemprosesan nadir bumi Lynas berikutan banjir besar di Kuantan.
hazard
Pengerusi Himpunan Hijau Anti Lynas, Wong Tack (gambar) berkata, kerajaan seolah-olah mahu menutup mulut apabila isu Lynas dipersoalkan.

“Mengapa Menteri kata isu ini tidak relevan dan sudah berakhir? Apa yang mereka ingin sembunyikan sebenarnya? kata Wong Tack kepada Keadilandaily.

Ketika ditemui pemberita di Perhimpunan Agung Umno semalam, Zahid Hamidi enggan menjawab soalan berhubung risiko loji Lynas dan menyatakan isu tersebut ‘tidak relevan’.

Zahid enggan jawab soalan status loji penapisan nadir bumi Lynas di Kuantan
Zahid enggan jawab soalan status loji penapisan nadir bumi Lynas di Kuantan

Zahid turut menyatakan bahawa tidak perlu mengisytiharkan ‘darurat’ di Kuantan.

“Kita tahu banjir menyebabkan semua parit ditenggelami air di sana.Di mana mereka membuang sisa buangan?, soal Wong Tack.

15 Oktober lalu penduduk Kuantan membantah ketibaan kapal kedua ‘Red Resource’ dari Pelabuhan Fremantle, Australia yang membawa bahan mentah berbahaya Rare Earth Oxides (REO)
Ahli parlimen Indera Mahkota, Datuk Fauzi Abdul Rahman telah menghantar memorandum bantahan kepada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), namun sehingga kini tiada jawapan.
“Kita bimbang sisa tersebut bercampur dengan air banjir dan dihanyutkan ke merata tempat,” kata Wong Tack.

“Kita juga ingin mengetahui adakah pihak Lynas mempunyai pelan tindakan bencana untuk menghadapi situasi seperti ini? soalnya.

No comments: