Tuesday, December 10, 2013
Mahkamah Rayuan berpihak MP Shah Alam dalam kes saman terhadap Hamidah Osman
Mahkamah Rayuan hari ini mengenepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman Khalid Abdul Samad (gambar) terhadap bekas Adun Sungai Rapat di Perak, Datuk Hamidah Osman yang menyiarkan gambar Ahli Parlimen Shah Alam itu memakai salib.
Dalam keputusannya itu, mahkamah mengarahkan Hamidah membayar kos RM50,000 di samping mengarahkan Penolong Kanan Pendaftar untuk menilai taksiran ganti rugi yang perlu dibayar kepada Khalid.
"Mahkamah mendapati tulisan dan gambar yang disiarkan adalah fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi adalah silap dan diketepikan," kata Hakim Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim.
Dua lagi hakim adalah Mah Weng Kwai and Abang Iskandar Abang Hashim.
Pada 12 Julai lalu, Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Hashim Hamzah menolak saman Khalid terhadap Hamidah kerana Khalid didakwa gagal mengemukakan dokumen asal yang mendakwa dia difitnah.
Beliau juga mengarahkan Khalid membayar kos RM20,000 kepada Hamidah.
Hashim dalam penghakimannya berkata, dakwaan Khalid yang mengatakan artikel yang diterbitkan oleh Hamidah adalah fitnah merupakan satu perkara yang subjektif dalam sesuatu tuntutan.
Khalid menyaman Hamidah pada 23 Disember, 2011 berhubung penyiaran gambar yang menggunakan teknik tindih gambar yang disiarkan melalui blog Hamidah pada Januari 2010.
Dalam pernyataan tuntutannya, Khalid mendakwa gambar itu menunjukkan beliau seperti seorang paderi Kristian dan murtad.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment