Oleh Lim Guan Eng
Ucapan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng di Konvensyen Negeri Perak 2013, di Bukit Merah pada 8 Disember 2013.
Jika Perdana Menteri benar-benar ikhlas mengkagumi Nelson Mandela, beliau patut meninggalkan amalan dominasi dan diskriminasi perkauman dan memperjuangkan masyarakat yang demokratik dan bebas yang menjanjikan peluang saksama buat semua.
Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemimpin dan ahli DAP Perak di bawah pimpinan Sdr Ngeh Koo Ham atas usaha gigih dan kesepaduan anda dalam membantu DAP untuk mencapai kejayaan yang amat besar dalam pilihanraya umum 2013 dengan merekodkan kemenangan 100% dan tambahan kerusi Parlimen Kampar dan membantu Pakatan Rakyat untuk meningkatkan jumlah undi popular ke takat 55%. Bagi pihak parti DAP, kita ucap terima kasih yang tidak terhingga kepada pengundi di Perak untuk sokongan mereka.
Seandainya pilihanraya umum dijalankan secara bersih dan adil, serta menghormati prinsip demokratik ‘satu orang, satu undi, satu nilai’. dengan 55% undi itu Pakatan Rakyat sudah tentunya menjadi kerajaan negeri dan Datuk Seri Nizar Jamaludin akan kembali menjadi Menteri Besar Perak yang sepatutnya. Namun BN telah main tipu dalam PRU ke 13 dengan melakukan ‘gerrymandering’ terhadap kawasan-kawasan supaya memberi kelebihan kepada BN.
Datuk Seri Najib cuba untuk menjustifikasikan kemenangan BN dengan logik merepek tentang permainan badminton tentang kena BN menang walaupun kalah undi popular. Tidak seperti permainan badminton di mana kesemua set ada 21 mata, pilihanraya umum di Malaysia ada jumlah mata yang berlainan. Kerusi BN ada jumlah mata yang kurang (kurang pengundi) untuk menang, manakala kerusi-kerusi Pakatan Rakyat memerlukan jumlah mata yang lebih banyan (lebih ramai pengundi) untuk dimenangi.
Contohnya di Kapar dengan 160,000 pengundi dimenangi oleh PR adalah ibarat bermain sebuah set dengan 160 mata untuk menang, padahal di Putrajaya yang hanya ada 17,000 pengundi, BN boleh menang dengan hanya 17 mata sahaja. Kalau Lee Chong Wei dan Lin Dan bermain badminton melawan BN pun mereka tidak akan boleh menang.
Itulah sebabnya kenapa Pakatan Rakyat tidak boleh menang walaupun dengan majoriti 55% undi. Adilkah begini? Pengundi di Perak rasa seolah hak dan impian ‘Ubah’ mereka telah dirompak kerana parti majoriti tidak menang.
Kita mesti memastikan impian untuk ‘Ubah’ terus hidup kerana ia adalah impian Malaysian untuk generasi akan datang. Sdr Lim Kit Siang telah menyeru kesemua penyokong kita untuk terus yakini dengan impian Malaysia bagi PRU yang akan datang.
Impian Malaysia ke arah Malaysia untuk kesemua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, agama, kelas atau kawasan; di mana demokrasi, urus tadbir yang baik, kepimpinan yang bersih, kemakmuran ekonomi dan keadilan sosio-ekonomi dapat berkembang demi membenarkan setiap rakyat Malaysia untuk hidup secara bermaruah, serta peluang saksama untuk mencapai potensi terbaik, dalam sebuah persekitaran yang bersih, hijau, selamat dan sihat.
A Malaysian dream of a Malaysia for all Malaysians regardless of race, religion, class or region where democracy, good governance, clean leadership, economic prosperity and socio-economic justice could flourish to allow every Malaysian to live with dignity and an equal opportunity to achieve his or her fullest potential, in an environment that is clean, green, safe and healthy.Pakatan Rakyat telah membuktikan sepanjang lima tahun di Pulau Pinang, bahawa walaupun tanpa pengalaman, kita dapat mentadbir dengan lebih baik daripada BN yang sudah 50 tahun memerintah. Kita telah menunjukkan bahawa kerajaan yang bersih akan dapat menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding kerajaan yang rasuah. Kita telah menunjukkan bahawa sebuah kerajaan Pakatan Rakyat boleh melahirkan keyakinan pelabur dan komuniti bisnes dengan kadar pelaburan tertinggi dalam sejarah Pulau Pinang.
Kita telah membuktikan bahawa kita telah dapat menghapuskan kemiskinan dalam masa 5 tahun, yang tidak dapat dilakukan BN dalam masa 50 tahun. Kita telah membuktikan bahawa kita boleh berbelanja lebih RM100 juta setahun untuk bantuan kebajikan tanpa jatuh bankrap. Dan yang paling penting ialah kita telah menunjukkan bahawa kita boleh membantu dan berlaku adil kepada semua Melayu, Cina dan India serta menunjukkan bahawa siapa anda adalah tidak penting, tetapi yang lebih penting ialah anda adalah seorang apa.
Pakatan Rakyat menawarkan masa depan penuh harapan bahawa hari-hari mendatang adalah milik rakyat. Masa depan BN adalah hanya untuk kroni sahaja, seperti yang boleh dilihat daripada 8 contoh berikut:
1. Bercakap tentang 1Malaysia namun menyebarkan kebencian kaum dan agama dengan memilih pemimpin Perkasa sebagai calon BN.
2. Bercakap tentang keyakinan terhadap perkhidmatan awam, tetapi mengambil konsultan luar dengan bayaran lebih tinggi daripada Perdana Menteri.
3. Bercakap tentang mengambil pensyarat yang bagus untuk mempertingkat kualiti pendidikan universiti di Malaysia yang kian buruk, namun masih melantik Profesor yang melakukan plagiat,
4. Bercakap tentang membanteras rasuah, tetapi Malaysia adalah juara dunia dalam rasuah, dan tidak ada sesiapa pun yang dihukum dalam skandal RM52 bilion saham Bumiputera mahupun skandal RM13 bilion Port Klang Free Trade Zone,
5. Membelanjakan 21% daripada KDNK untuk pendidikan, namun purata pelajar berusia 15 tahun kini ketinggalan sekurang-kurangnya empat tahun dalam pendidikan sekolah di belakang Singapura, China, dan Hong Kong; berdasarkan hasil Penilaian Pelajar Antarabangsa (International Student Assessment (PISA) dapat dilihat Malaysia berada pada kedudukan 52 daripada 74 negara, di belakang Thailand yang berada pada kedudukan 50.
6. Membelanjakan berbilion ringgit wang rakyat untuk membina kereta nasional hanya untuk menyedari bahawa ia dijual pada harga lebih murah di luar negara.
7. Membelanjakan berbilion ringgit untuk memelihara MAS hanya untuk menyedari bahawa MAS secara praktikalnya bankrap dan menjual tiket penerbangan dengan harga lebih tinggi berbanding Air Asia yang mencatat keuntungan dan membiaya diri sendiri.
8. Membelanjakan ratusan juta ringgit wang rakyat untuk menternak lembu yang akhirnya pergi membeli kondominium.
Datuk Seri Najib mengkagumi mendiang Nelson Mandela dan malah menyamakannya dengan perjuangan UMNO. Ini amat mengejutkan apabila UMNO hanya meneruskan dominasi dan diskriminasi perkauman bagi menjustifikasi rasuah, nepotisme dan ketidakcekapan. Mari kita mengingatkan Perdana Menteri tentang apa yang disebut oleh Nelson Mandela dalam perbicaraan kes pengkhianatan beliau pada tahun 1964 yang menyebabkan beliau dipenjara selama 27 tahun.
“Saya telah melawan dominasi kulit putih, dan saya telah melawan dominasi kulit hitam. Saya menghargai masyarakat ideal yang demokratik dan bebas, di mana semua orang dapat hidup bersama dalam aman sejahtera dan peluang saksama. Saya ingin hidup untuk ideal itu dan berharap dapat mencapainya. Tetapi, jika perlu, saya bersedia untuk mati demi ideal itu.”
“I HAVE fought against white domination, and I have fought against black domination. I have cherished the ideal of a democratic and free society in which all persons live together in harmony and with equal opportunities. It is an ideal which I hope to live for and to achieve. But, if need be, it is an ideal for which I am prepared to die.”Jika Perdana Menteri benar-benar ikhlas mengkagumi Nelson Mandela, beliau patut meninggalkan amalan dominasi dan diskriminasi perkauman dan memperjuangkan masyarakat yang demokratik dan bebas yang menjanjikan peluang saksama buat semua. Seperti yang disebut Nelson Mandela,
“Saya sangat membenci diskriminasi kaum dalam kesemua bentuknya. Saya telah melawannya sepanjang hidup saya; Saya melawannya sekarang, dan akan terus melawannya sampai ke penghujung hayat saya”Sebelum saya mengakhiri ucapan ini, izinkan saya berkongsi pandangan seorang wanita Melayu kelas pertengahan; yang sangat runsing dengan rasuah, kualiti pendidikan yang kian menurun, dan kurangnya peluang saksama untuk semua rakyat Malaysia tanpa pertalian politik demi anak-anak beliau.
“I hate race discrimination most intensely and in all its manifestations. I have fought it all during my life; I fight it now, and will do so until the end of my days.”
Beliau memohon supaya kita tidak melupakan warga kelas pertengahan – terlalu kaya untuk dibantu namun terlalu miskin untuk mandiri dan hidup makmur dalam masyarakat yang tidak sekata dan korup ini. Perdana Menteri nampaknya telah mengabaikan golongan kelas pertengahan apabila beliau mengakui bahawa kenaikan tariff elektrik 15% oleh Tenaga Nasional Bhd akan memberi kesan kepada golongan kelas pertengahan tetapi beliau tidak boleh buat apa-apa untuk membantu.
Saya ingin beri jaminan kepada beliau bahawa apabila Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya, kita tidak melupakan golongan kelas pertengahan seperti beliau malah kita akan mencipta peluang saksama untuk anak-anaknya berjaya dan hidup makmur. Sekali lagi saya ingin mengakhiri ucapan saya dengan kata-kata akhir Nelson Mandela,
“Kita telah berikrar untuk membina sebuah masyarakat di mana kesemua warga Afrika Selatan, berkulit hitam atau putin, akan dapat berjalan dengan bangga, tanpa rasa takut di hati mereka, dijamin hak mereka untuk maruah kemanudiaan – sebuah negara berwarna warni yang aman sejahtera dengan dirinya dan seluruh dunia”Pakatan Rakyat akan memberikan peluang bagi kesemua rakyat Malaysia untuk hidup bermaruah, di mana rakyat tidak perlu takut kepada kerajaan, tetapi kerajaan lah yang takut kepada rakyat.
“We enter into a covenant that we shall build a society in which all South Africans, both black and white, will be able to walk tall, without any fear in their hearts, assured of their inalienable right to human dignity – a rainbow nation at peace with itself and the world.”
No comments:
Post a Comment