Friday, December 6, 2013

Batu Puteh: Perwakilan minta PM siasat dakwaan Mat Zain

 

 

Perwakilan Johor Zulkarnain Kamisan menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyiasat dan memeriksa dakwaan bekas pegawai kanan PDRM, Datuk Mat Zain Ibrahim berhubung isu Pulau Batu Puteh yang dikaitkannya dengan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail seperti yang dilapor media.

Katanya, rakyat mahu penjelasan berhubung kesahihan dakwaan tersebut.

"Dakwaan ini bukan main-main. Johor meminta perdana menteri menyiasat dan memeriksa kesahihan perkara ini.

"Ini soal maruah negara. Jangan memandang enteng, rakyat mahu penjelasan," katanya ketika membahaskan ucapan dasar presiden.

Menurutnya lagi, pihaknya tidak mahu perkara itu dibiarkan sehingga membentuk persepsi negatif terhadap golongan muda bahawa "media arus perdana yang menyiarkan kebenaran dianggap pembohongan dan media sosial yang menyiarkan pembohongan dianggap satu kebenaran".
"Mereka mensasarkan orang muda, takkan kita nak biarkan begitu sahaja.

"Anak muda bila pulang ke kampung akan menyebarkan dakyah dan mempengaruhi orang lain untuk mengundi pembangkang," katanya.

No comments: