"SPR terus dipersoal kewibawaannya. Soalnya kenapa ? Mudah jawabnya, kerana SPR banyak menyimpan pelbagai cerita misteri pilihanraya. Misteri yang belum terungkai. Tetapi mengikut keperluan peruntukan dalam beragama, kebatilan akan terselah jua akhirnya. Maka benarlah kata pepatah bangkai gajah masakan dapat ditutup ? Lalu soalnya bila ? Tiada siapa yang boleh menjawab dengan tepat, sama-samalah bersabar dan tunggu episod seterusnya
Mempersoalkan
integriti SPR bukan sahaja dari pembangkang malah pihak kerajaan
sendiri. Tanda ketidakpuasan tentang keputusan pilihan raya lalu
adalah sebagai buktinya. Kesilapan dan kecuaian SPR menjadi-jadi,
membuat keputusan berat sebelah atau bermain silap mata seperti kejadian
karan terputus ketika undi dihitung. Berlaku juga peti undi yang
lambat sampai seperti dibeberapa tempat dikepulauan Langkawi, tidak
seperti pilihanraya sebelum ini, walaupun pada hari pengundi lautan
dipersekitaran kepulauan tersebut seperti hamparan karpet, dan kemudahan
teknologi laut dan pengangkutan yang semakin canggih, tapi capaian
antara pulau-pulau semakin sukar nampaknya. Atau heli pembawa peti undi
tidak dapat mendarat pada waktunya di kawasan pendalaman Sabah, cuaca
buruk dan amat membimbangkan ! Ahhh pekerja ladang teh di pendalaman
Sabah sebenarnya tidak mengundi kerana mereka berbangsa Bangla atau
pekerja upahan dari pergunungan di Tibet.
SPR
sebuah badan yang sedang bergerak ke belakang dalam sebuah negara yang
mempunyai multimedia super koridor. Koridor yang digerakan oleh
bekas Perdana Menteri ketika revolusi teknologi maklumat mula
mempengaruhi dunia sebagai agenda dan tatacara hidup masyarakat masa
depan. Bekas PM berharap inilah pacuan terbaik menyambut cabaran ini
selari dengan hasrat meningkatkan persaingan negara dalam teknologi
maklumat. Namun gagasan ini telah banyak kali memakan tuan. Kerajaan
menjadi lemas, kaku dan ketaktahuan bila berdepan dengan aliran
maklumat melalui teknologi yang semakin canggih ini. Bekas PM banyak
kali mengeluh dengan dasar langit terbuka yang diusahakannya seperti
Firaun mengeluh dengan karenah anak angkatnya Nabi Musa.
SPR
mengikut jejak negara India dan Bangladesh apabila membuat keputusan
menggunakan dakwat celup jari bagi mengelak berlaku penipuan semasa
pembuangan undi. Teknologi lama dan telah juga lama digunakan di negara
tersebut. Tetapi ia menjadi isu besar dan menampakkan kegagalan
apabila berlakunya bermacam-macam bantahan pada pilihanraya lepas.
Ketuanya sendiri pernah mengakui tentang kelemahan ini. Yang jelas SPR
mendakwa dakwat yang digunakan bersifat kekal, tetapi hanya kekal untuk
beberapa jam sahaja atau akan hilang sekelip mata apabila jari
berdakwat itu diumpal dengan rumput-rumput di tepi jalanan yang
berklorofom itu.
Persoalannya
sekarang, mengapa Malaysia yang selalu mengangap dirinya telah maju
dalam banyak bidang berbanding dengan negara mundur lain mesti mengikut
negara pengeluar kain pelikat terkenal di dunia itu ? Mengapa dalam
hal ehwal keselamatan proses pengundian tidak sahaja Malaysia mengikut
jejak negara maju lain di Eropah atau Amerika ?
Negara
maju seperti Jepun atau Korea, mereka akan mengenalpasti sesuatu
masalah. Setelah masalah tersebut dikenal-pasti, baharulah mereka akan
mengemukakan cadangan untuk diimplimentasi kaedah yang lebih baik.
Cara implimentasi mereka biasanya berdasarkan kepada penggunaan
teknologi pantas, tepat dan tidak membosankan. Pada masa yang sama,
para penipu dan penyangak dalam pilihanraya seharusnya dianggap sebagai
penjenayah yang tiada maaf bagimu. Mereka akan dikejar, ditangkap,
dibicara dan dihukum mengikut keperluan perundangan. Tetapi hal
sedemikian tidak berlaku. Para penipu dan penyangak pilihanraya lepas
bebas, tetapi para pengundi dan rakyat yang tidak bersalah pula yang
dihukum. Tidak pasal-pasal jari-jemari mereka terpaksa dikotorkan demi
menegak sistem pengundian yang laput.
Meredah
ke alam maya, kita akan menemui halaman sesawang kepunyaan SPR. Agak
canggih dan bermaklumat juga halamannya. Layanan teks dan multimedia
serta pangkalan data untuk semakan daftar pemilih secara atas talian
dengan menggunakan telefon pintar ! Ah macam tidak percaya aku. Satu
sentuhan teknologi yang uptodate dan banyak membantu. Dan sekiranya
pengunjung dari luar negara ke laman tersebut sememangnya mereka
menyangka sesuatu yang lebih canggih sedang berlaku kepada sistem
pilihanraya di negara ini. Mereka memikirkan bahawa rakyat di negara
ini tidak perlu beratur panjang di pusat-pusat pembuangan undi seperti
di sekolah atau dewan serbaguna dengan kawalan pegawai keselamatan
bersenjata. Sebaliknya mereka memikirkan rakyat Malaysia hanya membuang
undi menggunakan mesin kekunci sentuh yang diletakkan di kawasan awam
seperti pusat membeli belah, stesyen bas dan keretapi atau pangkalan
feri dan lapangan terbang, tanpa kawalan keselamatan yang ketat, kerana
segala kerja remeh-temeh dan membosankan itu diserahkan kepada
kecanggihan komputer bulat-bulat.
Namun
perkara sebaliknya berlaku di pentas-pentas pilihanraya. SPR masih
ditakuk 60an. Kalau dulu senarai pengundi ditaip dengan menggunakan
mesin taip, kini senarai pengundi dalam cetakan komputer, itu saja.
Komputer yang mereka perolehi disimpan di pejabat untuk kegunaan benda
yang tidak berfaedah seperti berfacebook atau mengintai gosip dan cerita
karut disaluran youtube. Senarai bercetak yang dikeluarkan itu
sering menimbulkan banyak kontroversi tentang kesahihannya. Banyak
komplain yang kita dengar senarai ini tidak ngam dengan realiti
pengundi. Namun SPR seolah-olah tidak mengambil pot dengan rungutan
dan aduan. Soalnya kenapa SPR tidak membuat semakan pendaftaran
secara talian semasa pilihanraya bagi mengatasi masalah kekeliruan yang
timbul ?
Aduh !
mungkin hujahnya begini. Bukan semua pusat mengundi mempunyai
kemudahan komputer. Hatta sesetengahnya pusat pengundian di pendalaman
tidak mempunyai bekalan elektrik. Talian komputer yang lemah,
kemahiran staf menggunakan komputer masih tidak setimpal bla bla bla,
itu adalah modul jawapan yang akan kita dengar. Kalau itulah
jawapannya, maka ia adalah tepat dan benar untuk kawasan yang mundur
dan pendalaman, tetapi ia tidak tepat untuk Kuala Lumpur atau Petaling
Jaya, juga Tasek Gelugor atau Gurun Kedah, mungkin juga di pekan Gua
Musang.
Sesungguhnya
komputer direka dan dibina atas kapasiti untuk menyelesaikan masalah
remeh-temeh seperti ini. Ia juga bertujuan menyelesaikan perkara yang
lebih besar seperti penjimatan kos operasi dan pengendali. Seandainya
masalah celop jari dalam botol dakwat di atasi dengan menggunakan solusi
komputer tentunya masalah ini dapat diselesaikan dengan tuntas. Hanya
keperluan pengubahsuaian atau kemaskinian komputer sahaja dari semasa
ke semasa. Lagipun solusi ini tidaklah semahal kos membayar harga
dakwat atau membayar elaun FRU atau RELA serta belanja isian minyak
untuk bersesak ke pusat pembuangan undi.
Beberapa negara di Afrika seperti Tanzinia telah mengumumkan akan menggunakan biometric electoral system, yang
mendakwa sistem ini akan menghasilkan proses pengundian lebih selamat
dan keputusan yang tepat dan lebih dipercayai. Sistem ini pada asasnya
mampu mengesan capjari atau wajah pengundi. Pengimbasan pada wajah
atau jari-jemari akan dipadankan dengan pangkalan data untuk memastikan
pengundi berkenaan sah atau tidak.
Negara
seperti Tanzinia atau Uganda yang dianggap lebih mundur dari Malaysia
(tapi dalam sukan mereka lebih power dan advance) pun lebih yakin dan
percaya kepada kemampuan komputer berbanding dakwat, maka kita tidak
pasti petajalan (roadmap) SPR dalam melayani karenah pilihanraya.
Sistem tidak perlu diubah, namun pendekatan perlu diubah bersesuaian
dengan masa. Kadang-kadang mengundur ke belakang adalah alasan terbaik
untuk tidak terus ke depan !
No comments:
Post a Comment