Monday, July 29, 2013

IGP: Jangan terus tuduh polis terlibat kes tembakan



 
Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta agar pasukannya tidak dipersalahkan susulan kes cubaan membunuh ke atas pengerusi MyWatch R Sri Sanjeevan.

“Janganlah terus menuduh polis terlibat dalam kes tembakan presiden MyWatch.

“Seperti yang saya kata, kami akan siasatan perkara itu dari semua sudut,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat polis Bukit Aman pagi ini.

Katanya, anggota pasukannya tidak akan terlepas dari tindakan sekiranya mereka benar-benar terlibat dalam kes tersebut.

“Kami tidak pernah melindungi sesiapa yang telah melakukan jenayah,” katanya lagi.

Hanya beberapa jam sebelum ditembak pada hari Sabtu lalu, Sanjeevan menulis di Twitter bahawa seorang anggota polis telah mengancam untuk memberi senjata kepada anggota sebuah sindiket untuk menembak rumahnya.

Sanjeevan ditembak oleh dua penunggang motosikal semasa dia sedang memandu, di satu persimpangan jalan di Bahau.

No comments: