Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR: Seramai 33 aktivis akan didakwa pada 29 Julai ini di bawah Akta Perhimpunan Aman ekoran himpunan di hadapan bangunan Parlimen 24 Jun lalu.
Sehubungan itu, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) memohon dana wang jaminan mahkamah serta bantuan guaman bagi mereka terbabit.
Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shahrin atau Chegubard berkata, 17 daripada mereka turut berdepan pertuduhan tambahan di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana cubaan merusuh.
"Jumlah cukup besar iaitu seramai 33 orang, bayangkan jika seorang wang jaminan RM3,000 bagi satu pertuduhan, maka ia mencecah RM150,000 nilai jaminan yang diperlukan.
"Kepada yang berkemampuan diharap dapat bersama menyumbang bagi kami mengumpulkan dana yang cukup bagi tujuan ikat jamin, jika ada baki maka akan dikumpulkan bagi menjamin orang kena tuduh (OKT) berkaitan kes perlawanan rakyat di masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan media.
Untuk menyumbang dana boleh terus memasukkan wang ke akaun Maybank bernombor 555041113224 atas nama Solidariti Anak Muda dan SMS ke nombor 012-6937908 atau emel yang sama bagi makluman pengesahan.
Selain itu, mana-mana peguam yang ingin memberi perkhidmatan boleh menghubungi Pengerusi SMM Safwan Anang di talian 014-8408219 atau Penyelaras SAMM Wilayah Sdr Azmir Hj Mustafa 012-2231239 atau emelkan kepada samm4anakmuda@gmail.com untuk butiran akuan sedia menyediakan khidmat guaman.
No comments:
Post a Comment