Saturday, July 27, 2013

Kerajaan BN nak haramkan DAP?

 


DETIK DAILY

KUALA LUMPUR, : Keangkuhan kuasa kerajaan Barisan Nasional semakin menjadi-jadi apabila Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) turut berlagak hebat dengan membayangkan sikap takbur mahu mengharamkan DAP tidak lama lagi.

Sehinggakan sanggup ROS timbulkan perkara yang tak masuk akal kononnya tak mahu menimbang permohonan pimpinan DAP untuk menubuhkan parti baru jika DAP diharamkan.

Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang menjelaskan bahawa semua pihak dalam DAP, termasuk pemimpin dan ahli parti, tidak pernah membangkit atau melayan soal mendaftar sebuah parti baru jika parti pelbagai kaum itu dibatalkan pendaftarannya oleh ROS.

Beliau juga hairan kenapa ROS tiba-tiba membangkitkan isu mahu mengharamkan DAP.
Katanya, dakwaan kononnya pemimpin DAP dan ahlinya bersedia menubuhkan sebuah parti politik baru adalah tidak berasas sama sekali, sebaliknya ia adalah rekaan propagandis, cybertrooper dan ejen UMNO/BN bertujuan mencemarkan imej pemimpin DAP.

Sehubungan itu, beliau berkata, komen Ketua Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman yang disiarkan akhbar The Star hari ini adalah tidak berasas kononnya DAP mahu memohon penubuhan satu parti baru.

Akhbar The Star milik MCA-BN hari ini memaparkan tajuk berita “Dont harbour false hope” (Jangan bergantung kepada harapan palsu) yang memetik kata-kata Abdul Rahman sebagai petanda paling jelas bahawa kerajaan UMNO-BN sedang mencari alasan untuk mengharamkan DAP.

DAP yang mendapat kejayaan baik dalam PRU lalu semakin mendapat sambutan di kalangan masyarakat Melayu walaupun sering menjadi mangsa tohmahan media massa yang hampir semuanya dikuasai oleh UMNO-BN.

Laporan The Star itu diisi dengan premis yang palsu dan tidak berasas, menunjukkan Ketua Pengarah ROS itu bertindak dengan cara yang sama sekali tidak wajar, tidak saksama, dan tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawab awam.

“Tidak ada sebab bagi Ketua Pengarah ROS untuk mengulas mengenai senario yang direka sepenuhnya dan tidak lain adalah khayalan propagandis, cybertrooper dan ejen UMNO/BN seolah-olah ia satu fakta,” kata Kit Siang dalam kenyataan media, hari ini.

Berikut adalah berita bertajuk “Don’t harbour false hopes” berkenaan:

‘Don’t harbour false hopes’

PETALING JAYA: DAP members have been told not to harbour hopes of forming a new party if the Registrar of Societies (ROS) decides to de-register it.

ROS director-general Datuk Abdul Rahman Othman said they would not likely entertain requests to set up a new party.

“They can apply. But the right to approve is with the ROS. We did not even entertain 29 applications to set up new parties submitted over the last five years,” he said yesterday.

He was asked to comment on the move by DAP members to look into establishing a new political party if de-registration was inevitable following complaints of election fraud in the DAP’s central executive committee (CEC) election in December.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, yang menimbulkan persoalan sama ada Ketua Pengarah ROS sendiri terbabit dalam segala pembohongan dan kepalsuan yang dilemparkan oleh propagandis, cybertrooper, dan ejen UMNO/BN yang menuduh DAP dengan tidak sewajarnya mengenai pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) ketika Kongres Kebangsaan DAP Disember lalu.

Menurutnya, Abdul Rahman perlu menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan “inisiatif untuk menyelamatkan parti” kerana sepanjang tujuh bulan sehingga kini DAP belum menerima sebarang tuntutan untuk mengadakan pemilihan semula CEC, hanya propagandis, cybertrooper dan ejen UMNO/BN yang bising-bising mengenai perkara ini sejak beberapa bulan lalu.

“Dengan semakin hampirnya pemilihan UMNO akhir tahun ini, semakin jelas ROS tidak akan membuat keputusan profesional mengenai DAP, sebaliknya keputusan politik.

“Ketua Pengarah ROS dan kerajaan UMNO/BN harus sedar bahawa DAP sedetik pun tidak akan berhenti menentang sebarang penyalahgunaan kuasa yang akan menjejaskan masa depan DAP, termasuk penyalahgunaan kuasa dalam membatalkan pendaftaran DAP secara tidak berasas,” ujarnya.-Roketkini.com

No comments: