Saturday, July 27, 2013
DAP beri amaran bawa RoS ke mahkamah
Lim Guan Eng (gambar) menggesa Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan (RoS) , Datuk Abdul Rahman Othman mengemukakan bukti ahli DAP mahu membentuk sebuah parti baru sebelum dibawa ke mahkamah atas dakwaan sengaja mereka cerita.
Setiausaha Agung DAP itu mengatakan kenyataan Abdul Rahman keterlaluan, dan tidak pernah dibincangkan dalam Menyuarat Jawatankuasa Pusat (CEC) dan amat kesal dengan tindakan fitnah Ketua Pengarah itu terutamanya apabila dilakukan pada bulan Ramadan .
“RoS membenarkan dirinya digunakan sebagai alat politik Umno bagi menentang DAP yang tidak boleh dilakukan oleh Umno sendiri pada pilihan raya yang lalu, “kata Ahli Parlimen Bagan itu.
Menurut Lim, Abdul Rahman tidak melakukan siasatan sebelum bercakap tentang isu ini.
“DAP sentiasa bekerjasama sepenuhnya dengan RoS malah atas permintaan dia (Abdul Rahman) saya bertemu beliau di pejabat Ketua Menteri di Pulau Pinang sebelum pilihan raya umum dan dia memberi jaminan kepada DAP tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga siasatan selesai.”
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment