Wednesday, May 1, 2013

Tian Chua lapor polis isu penyelewengan dakwat kekal

 Mohd Arif Juhani

KUALA LUMPURL: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua membuat laporan di Balai Polis Jinjang berhubung isu salah laku Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam pembekalan dakwat kekal untuk pengundian awal PRU 13 hari ini.

Calon Parlimen Batu itu mengesan hal itu selepas melawat pusat pengundian awal di Kem Batu Kantomen, Jalan Ipoh dan Taman Koperasi Polis di ibu negara.

lux

“Pada awalnya, saya berpuas hati dengan proses calit dakwat kekal ungu di jari telunjuk kerana ia berjalan seperti yang dijanjikan SPR.

“Tetapi lebih kurang jam 10.30 pagi, saya dihubungi seorang anggota tentera yang menyatakan dakwat  itu boleh ditanggal,” katanya sambil menambah anggota berkenaan memohon identitinya dirahsiakan.

Beliau kemudian bertemu dengan anggota itu di satu lokasi untuk menunjukkan bagaimana dakwat itu boleh luntur menggunakan instant hand sanitizer luxor (bahan pencuci tangan segera).

“Ia memang mengejutkan kerana tujuan dakwat kekal digunakan untuk mengelak pengundi membuang undi berulang kali.

“Penemuan ini menunjukkan proses berkenaan tidak telus dan berkemungkinan penyelewengan berlaku,” katanya yang mendesak polis segera mengambil tindakan.

No comments: