KUALA TERENGGANU— Polis Terengganu telah merakamkan
percakapan beberapa individu termasuk pemimpin pembangkang bagi membantu
siasatan berhubung penganjuran perhimpunan di Kuala Ibai, Khamis lepas.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan berkata
siasatan lanjut berhubung perhimpunan anjuran pembangkang di sini bagi
membantah keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) sedang giat
dijalankan.
Selepas selesai siasatan mengikut Seksyen 9(5) Akta
Perhimpunan Aman 2012, kes ini akan dirujuk kepada pejabat Timbalan
Pendakwa Raya untuk tindakan susulan, katanya kepada pemberita di sini
hari ini.
Khamis lalu puluhan ribu rakyat Terengganu majoritinya
anak muda membanjiri Markas PAS Kuala Ibai sempena Himpunan Blackout
505 bagi membantah keputusan PRU13.
Antara pimpinan Pakatan
Rakyat yang hadir dan berucap ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar
Ibrahim, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan Naib Presiden PAS
merangkap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Husam Musa. —
Bernama
No comments:
Post a Comment