KUALA LUMPUR: Pertubuhan
Ikram Malaysia (Ikram) berpandangan penglibatan politik adalah
sebahagian daripada tuntutan Islam sebagai ad-din yang syumul.
Presidennya, Dr. Mohd Parid Sheikh Ahmad (gambar) berkata, kuasa pemerintahan diperlukan bagi menjayakan agenda penegakan syariah dan pelaksanaan amar makruf nahi mungkar.
“Justeru,
penglibatan umat Islam di dalam PRU kali ini adalah amat penting dan
dianggap kritikal untuk memilih wakil pemimpin yang mampu membantu
merealisasikan cita-cita dakwah tersebut,” ujarnya dalam perutusan
kepada para pengundi sempena PRU13 yang berlangsung pada 5 Mei ini.
Ikram,
jelas beliau merumuskan bahawa memilih wakil dari blok Pakatan Rakyat
(PR) dalam PRU13 kali ini adalah satu kewajaran yang lebih berasas dan
menguntungkan negara dan rakyat jelata.
Rumusan
itu, katanya berdasarkan kaedah dan prinsip ‘kemudharatan yang lebih
ringan’ iaitu ‘pilihan terbaik di antara dua pilihan, pilihan yang
lebih ringan kemudaratannya dan kurang kejahatannya’.
Beliau
menjlaskan, Ikram menganggap pemilihan tersebut sebagai satu
kecenderungan atau pilihan yang pragmatis yang dijangka akan lebih
menyebelahi rakyat, lebih adil kepada semua, lebih bermanfaat kepada
negara, lebih jujur kepada Islam dan bangsa Melayu serta lebih
memantapkan institusi Raja berperlembagaan.
“Pilihan
ini akan membuka lebih banyak ruang dialog, perbincangan, perundingan
dan permuafakatan bagi melaksanakan agenda perubahan dan pembersihan
pentadbiran dan pengurusan perjalanan negara, supaya tiada berlaku lagi
salah laku dan penyelewengan pegawai-pegawai pemerintah, sekaligus
menghapuskan kemungkinan rasuah,” ujarnya.
Sehubungan
itu, kata beliau lagi, Ikram menyeru agar ummah tidaklah perlu takut,
jika pendirian politik ummah kali ini membawa kepada perubahan kerajaan
di peringkat pusat.
Katanaya, kejatuhan kerajaan BN tidak akan melucutkan kuasa pemerintahan daripada genggaman umat Islam.
Beliau
menambah, penguasaan ummah akan terus terpelihara dengan kewujudan
berbagai-bagai institusi dan badan yang sedia ada bagi menjamin
kelangsungan kekuasaan ummah.
“Institusi
Raja berperlembagaan, institusi angkatan bersenjata, tentera dan
polis, jabatan pentadbiran awam, badan-badan berkanun seperti
Majlis-majlis dan Jabatan-jabatan Agama Negeri-negeri, dan kesemua NGO
akan terus berperanan mempertahankan survival dan kelangsungan kekuasaan ummah di bumi Malaysia,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment