Thursday, May 2, 2013

Anwar dedah JPM terlibat seludup 40,000 pengundi hantu


Oleh Sidiqin Omar

PETALING JAYA : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan penglibatan Jabatan Perdana Menteri (JPM) membawa masuk 40,000 pengundi ragu dari Sabah dan Sarawak sejak 25 April lalu.

Menurut Anwar, 16 penerbangan sehari dibuat dari Kuching, Kota Kinabalu, Sandakan, Miri dan Sibu menggunakan pesawat jenis Jumbo dan C130 Hercules yang ditempah khas.

bangla

“Berdasarkan pengiraan kami, 4,500 dibawa masuk ke KLIA setiap hari. Penerbangan dibuat kecuali pada 1 Mei, dan bermula 25 April lalu.

“Ini bermakna 40,000 individu ragu ada dan masih memasuki melalui KLIA, tak termasuk rakyat asing yang melalui jalan darat, pelabuhan dan fasiliti seperti LCCT,” kata Anwar pada sidang media di ibu pejabat KEADILAN, hari ini.

Menurut Anwar, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia dan MAS terlibat selain Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Imigresen dan Angkatan Tentera Malaysia.

“Kami difahamkan pesawat C130 Hercules milik ATM digunakan untuk membawa pengundi hantu ke lapangan terbang kecil seperti di Batu Berendam (Melaka) dan Ipoh (Perak),” kata Anwar.

Beliau menambah, kemudahan kem Askar Wataniah turut digunakan untuk menempatkan pengundi asing.
Tambah Anwar, beliau turut mendapat maklumat kemasukan secara tiba-tiba warga Thailand, Kemboja, Pakistan dan Myanmar dalam jumlah yang besar di pintu sempadan Bukit Kayu Hitam, manakala kemasukan rakyat asing Indonesia di Pelabuhan Klang.

“Jumlah kemasukan mereka pada nasa kritikal ini membimbangkan, sama ada memberikan kelebihan kepada Barisan Nasional,” kata Anwar.

anwar-pc-close-01

Justeru, beliau menuntut penjelasan Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Najib Razak, Ketua Polis Negara dan Ketua Turus ATM tentang jaminan dan sikap profesionalisme dan neutral yang kini menjadi dalang BN untuk mengekalkan kuasa.

“Kenapa JPM terlibat dalam hari-hari terakhir yang kritikal. Kenapa benarkan guna kem tentera? Bolehkah Ketua Pengarah Imigresen terangkan peranan depoh di Lenggeng, Sepang dan Semenyih untuk menempatkan pengundi asing ini?” soal Anwar.

Beliau turut mempersoal sama ada Ketua Pengarah Jabatan Peguam Negara terlibat memberikan kad pengenalan kepada pekerja asing di Sirkit F1 Sepang dan di KLIA.

“Sebab kita ada bukti dokumentari bergambar dan video yang dirakam dengan kerjasama dari PAS. Yang nyata ialah penglibatan Jabatan Pendaftaran Negara.

“Seandainya Pakatan Rakyat menang, kita akan mendakwa sesiapa sahaja yang bertanggungjawab. Pelanggaran peraturan tidak akan dimaafkan.

“Biar rakyat yang putuskan sendiri pilihan mereka. Kepentingan rakyat dan Perlembagaan mesti dipatuhi,” kata Anwar.

1 comment:

Unknown said...

sekarang nak nafi kan pulak...pastu tuduh media dan bloger proumno plak....dasar penipu tu penipu jgk...