Nur Mohd Ibrahim, yang berasal dari Tamil Nadu, India, berkata beliau datang ke Sabah pada tahun 1981 dan tidak lama selepas itu, dia memohon kad pengenalan biru atas gesaan rakan-rakannya dari Filipina di sebuah restoran.
Bagaimanapun, permohonan pertamanya yang menggunakan SD palsu telah ditolak.
Pada tahun 1983, dia mencuba nasib sekali lagi, dengan menggunakan kaedah yang sama, dan kemudiannya mendapat kad pengenalan biru. Ini adalah hanya dua tahun selepas dia menjejakkan kaki di bumi Malaysia.
SD itu menyatakan bahawa Nur Mohd dilahirkan di Kinarut, Papar.
Nur Mohd memberitahu siasatan RCI bahawa dia didaftarkan sebagai pengundi pada tahun 1991 - lapan tahun selepas menjadi warganegara Malaysia. Menurutnya, dia telah mengundi sebanyak empat kali bagi kerusi DUN Likas.
Pada tahun 2001, Mahkamah Pilihan Raya memutuskan bahawa kemenangan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Yong Teck Lee di Likas, batal dan tidak sah kerana terdapat pendatang tanpa izin dalam daftar pemilih.
Yong memenangi kerusi itu dalam pilihan raya negeri Sabah 1999 dan keputusan telah dicabar oleh dua calon yang kalah.
Hakim Mahkamah Tinggi ketika itu, Datuk Muhammad Kamil Awang, yang mendedahkan beliau mendapat tekanan dari pegawai atasannya untuk menolak permohonan tersebut, berkata dalam penghakimannya bahawa contoh bukan warganegara dan pengundi hantu dalam daftar pemilih seperti yang didedah dalam perbicaran tersebut mungkin hanya sebahagian kecil sahaja daripadanya.
No comments:
Post a Comment