Isnin, 3 Disember 2012

Wang kertas baru pun mudah dipalsu

KL TODAY

 
 Gambar: 3 wang palsu di tangan kanan manakala yang tulen di sebelah kiri.

Sama tapi tidak serupa. Itulah yang dapat dilihat pada mata kasar wang kertas negara ini apabila dipalsukan untuk digunakan. 

Dari segi dasarnya, wang kertas yang dipalsukan dilihat seakan serupa dan sukar untuk dikenal pasti sebagai palsu.Wang kertas siri baru yang dilancarkan pada akhir tahun lalu juga turut dipalsukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 

Akibatnya, ramai yang tertipu dan menanggung kerugian akibat perbuatan mereka yang menggunakan wang palsu dalam urusan pembelian.

Modus Operandi kali ini menyelami masalah mangsa terutamanya peniaga kecil-kecilan yang menjadi sasaran kepada penggunaan wang palsu.

Aktiviti berniaga makanan di Kampung Muhibah, Bukit Jalil berjalan seperti biasa. Namun, pada 20 November lalu, seorang peniaga warung, Zuriah Yaacob, 43, menerima tiga keping wang palsu RM10 daripada anaknya, Mohd Hazuri Roshideen, 17.

Sudah menjadi kebiasaannya untuk memasukkan wang keuntungan ke dalam bank di sebuah mesin deposit bank. Tetapi, tiga keping wang baru RM10 yang diterimanya sebelum ini gagal didepositkan.

“Mulanya, saya sangka ada masalah dengan duit itu. Tapi bila seorang pengawal keselamatan yang ada di bank memberi penjelasan, barulah saya tahu itu adalah wang palsu.

“Kerana terkejut, saya terus tanya anak saya,” katanya.

Anak Zuriah memberitahu bahawa dia tidak menyedari wang tersebut adalah palsu kerana menerima daripada seorang pelanggan dalam keadaan warung penuh dengan pelanggan.

Menurutnya, melalui pemerhatian, wang kertas baru itu sebenarnya menggunakan cetakan biasa. Melalui saranan daripada rakan bagi mengetahui keaslian wang tersebut, dia membasahkan wang itu dan mendapati dakwatnya cair dan benang keselamatan putus-putus tertanggal.

Sejak tiga tahun menjalankan perniagaan di kawasan tersebut, dia tidak pernah mengalami kejadian itu. Dia berkata, sejak kejadian itu menimpa dirinya, 20 peniaga menjalankan perniagaan di situ berhati-hati apabila menerima wang baru daripada pelanggan.

Zuriah berkata, dua daripada wang palsu yang diterimanya masih dalam simpanan dan akan membuat laporan polis dalam masa terdekat untuk tindakan.

1 ulasan:

zamy berkata...

itu menunjukkan alasan nak cetak duit baru jugak palsu...sbb sebenarnyer ialah masyuuuuuuk.....hihihihihi