Kerajaan
Selangor bertegas akan merobohkan dua kamera Sistem Penguatkuasaan
Automatik (AES) yang dipasang secara haram di negeri itu dalam minggu
ini.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan
Penyelidikan, Ronnie Liu berkata, Kementerian Pengangkutan hanya ada dua
hingga tiga hari lagi untuk menanggalkan kamera tersebut.
Menurut beliau, jika arahan itu gagal dipatuhi, kerajaan negeri menerusi Majlis Perbandaran Sepang (MPS) akan merobohkannya.
“Kita beri
masa dua hingga tiga hari lagi kepada kementerian untuk tanggalkan.
Jika tidak, kita sendiri akan robohkannya. MPS akan turun untuk berbuat
demikian.
“Kita akan
maklumkan kepada media sebelum ia dirobohkan. Ini bagi membuktikan
ketelusan kerajaan negeri,” katanya ketika dihubungi.
Kerajaan
Negeri sebelum ini menetapkan dua minggu kepada Kementerian
Pengangkutan, bermula 12 November lalu untuk menanggalkan AES di
Selangor.
Ronnie berkata, dua kamera tersebut di Kajang yang dipasang di kilometer 6.6 Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE) dan di kilometer 301.6 menuju ke utara di Lebuhraya Utara-Selatan tidak mendapat kebenaran daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan