Oleh Amiruddin Ahmad
TEMERLOH : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menempelak pemimpin Umno BN yang rakus memfitnah Pakatan Rakyat
(Pakatan) dan merompak hasil negara, tetapi mengabai keperluan dan
kebajikan rakyat.
Umno katanya, cuba mengapi-apikan ahli mereka dan rakyat dengan
menuduh Pakatan punca kepada perbalahan kaum dan permasalahan di negara
ini jika berjaya mengambil alih pemerintahan.
“Dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) dimainkan lagu anak kecil main api, air mata darah bumi dipijak milik orang.
“Maksud
ayat ini kita perlu faham, ia seolah-olah menyatakan negara ini bukan
milik orang Melayu, tetapi milik kaum Cina dan India. Ini amat bahaya
kerana hasutan sebegini ditanam kalangan ahli Umno,” kata Anwar
menyifatkan PAU sebagai medan Umno mencerca beliau dan Pakatan Rakyat.
“Kita ada semua bangsa, Cina, Melayu India. Kita bela semua bangsa.
Beribu anak Melayu lulusan SPM yang tak punya kerja, minta gaji RM1,000
pun (BN) tak mampu nak beri. Permit teksi ambik, AP kereta ambik. Inilah
pemimpin Umno yang cerca saya dan pimpinan Pakatan siang malam, tapi
samun duit negara,” sambungnya di hadapan lebih 20,000 rakyat di Dataran
Darul Hikmah, Kerdau sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat
Pahang semalam.
“Apa yang Umno buat selama ini? Bagaimana nasib anak-anak bangsa
kita. Kita mampu merubah sistem pendidikan dengan memberikan pendidikan
yang lebih berkualiti, guru yang mencukupi dan kita tetap akan
meningkatkan penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” jelas
Ketua Pembangkang.
Dalam pada itu Anwar mempersoal, projek e learning yang diberikan kepada YTL berjumlah 6 bilion.
“Tak adakah Melayu yang nak diberikan kontrak? Umno perjuang apa?” tegasnya.
Beliau
mengulangi manifesto Pakatan untuk hapuskan Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan beri pendidikan percuma.
“Umno kata ini akan membankrapkan negara. Tetapi yang melingkupkan
negara ialah Umno yang memerintah hari ini. Memperkayakan anak beranak,
dan kaum keluarga, tetapi ini tidak disiarkan dalam akhbar. Kita
perintah, permit teksi pun akan kita kembalikan,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan