Oleh Norutul Ilham
KUALA LUMPUR : Penganugerahan lesen jalur lebar 4G kepada
syarikat milik jutawan Umno, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary oleh
kerajaan membuktikan beliau merupakan proksi kepada Tun Mahathir
Mohamad, kata Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail.
Beliau
berkata, umum menyedari kewujudan mantan Perdana Menteri itu dalam
pucuk pentadbiran Najib Razak untuk memberikan peluang kepada kroninya
membolot projek yang mendatangkan keuntungan.
“Kalau Syed Mohktar yang dapat, bermakna Mahathir yang terima keuntungannya. Segala perancangan ditentukan Mahathir.
“Ini yang dinamakan Syed Mohktar adalah proksi kepada Mahathir.
Perkara ini bukan asing lagi kerana kita tahu Najib terlalu lemah,”
katanya ketika dihubungi.
Azan berkata, tindakan Mahathir yang seringkali menjadi ‘tangan
ghaib’ mengatur pentadbiran bakal mengakibatkan negara berdepan bahaya.
“Rakyat tak tahu siapa dalang sebenar di sebaliknya,” ujar Azan yang juga Pengerusi KEADILAN Terengganu.
Terdahulu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua mempersoal tindakan
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menganugerahkan peruntukan
paling besar mengusahakan jalur lebar 4G kepada Syed Mokhtar yang
difahamkan secara terus.
Syarikat Puncak Semangat Sdn Bhd milik jutawan itu, kata Pua, tiada
pengalaman dalam industri telekomunikasi tetapi diberikan bahagian
paling besar pada skala 40MHz untuk lesen jalur lebar tersebut.
Tujuh syarikat jalur lebar sedia ada – Maxis Broadband Sdn Bhd, Digi
Telecommunications Sdn Bhd, Celcom Axiata Bhd, U Mobile Sdn Bhd, Redtone
Marketing Sdn Bhd, YTL Communications and Packet One Networks (M) Sdn
Bhd – sebaliknya dianugerahkan jalur lebar pada skala 20MHz.
“Mungkin atas kepentingan komunikasi hubungan politik dengan cepat
dan berdepan pilihan raya paling kritikal akan datang sebabkan Mahathir
gunakan Syed Mokhtar.
“Beliau adalah tokoh anak emas Mahathir…Imbas kembali apa yang
berlaku kepada Proton yang turut menjadi milik Syed Mokhtar,” kata Azan.
Sebelum ini, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin
pembangkang pernah beberapa kali mempersoalkan di Parlimen kenapa
segelintir korporat Melayu yang mendapat projek mega kerajaan seperti
Syed Mokhtar, anak Mahathir dan adik Najib.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan