Mahkamah
Tinggi di sini Rabu membebaskan Koperal Jenain Subi daripada tuduhan
menyebabkan kematian remaja lelaki berumur 15 tahun, Aminulrasyid
Amzah, dua tahun lalu.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebi memutuskan
sedemikian selepas menerima rayuan Jenain, 49, terhadap sabitan dan
hukuman penjara lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya oleh Mahkamah
Sesyen di sini pada September tahun lalu.
Dalam
penghakimannya, Abdul Rahman berpuas hati anggota polis itu melepaskan
tembakan hanya untuk memberhentikan kereta proton Iswara dipandu
Aminulrasyid dan bukan dengan niat untuk membunuh remaja lelaki itu.
Abdul
Rahman juga berkata, tiada kes prima facie dibuktikan ke atas Jenain
dan anggota polis itu tidak sepatutnya dipanggil membela diri.
Pada 13
September tahun lalu, Hakim Latifah Mohd Tahar menjatuhkan hukuman
penjara lima tahun selepas mendapati Jenain bersalah melakukan
kesalahan itu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi pada 26 April 2010.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini antara jam 1.10 pagi dan jam 2 pagi pada 26 April 2010.
Jenain
didakwa mengikut Seksyen 304(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Jenain
yang bertugas di Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Shah
Alam, didakwa menyebabkan kematian Aminulrasyid antara 1.10 pagi dan 2
pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11 di sini.
Pertuduhan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan itu membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan boleh dikenakan denda.
Pertengahan
September lalu, Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman penjara lima tahun
selepas mendapati Jenain bersalah menyebabkan kematian Aminulrasyid.
Ketika
menjatuhkan hukuman September 2011, Hakim Latifah Mohd Tahar memutuskan
bahawa penggunaan senjata oleh Jenain, yang berakhir dengan 21
tembakan, satu tindakan keterlaluan dan tidak wajar untuk menghentikan
kereta yang dipandu oleh Aminulrasyid.
Latifah
membuat keputusan itu selepas berpuas hati bahawa pembelaan gagal
menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan.
No comments:
Post a Comment