Shahbudin Husin
Ucapan
Najib di perhimpunan UMNO baru-baru ini, baik dalam ucapan dasar
mahupun ucapan penggulungan jelas menggambarkan ketakutan beliau
menghadapi pilihanraya akan datang. Intipati ucapan, riak wajah dan
bahasa tubuhnya jelas menggambarkan hakikat itu.Meski beliau cuba
melawak, tersenyum dan mempamerkan wajah gembira tetapi garis-garis
ketakutan itu boleh dilihat dan difahami oleh sesiapa saja yang
mendengar ucapannya yang banyak aksi meneran dan menjerit itu.
Walaupun Zahid Hamidi ketika ucapan penggulungan cuba “melambung” beliau dengan mendedahkan suatu hasil kajian yang dilakukan oleh seorang pensyarah UiTM kononnya sokongan kepada Najib dan kerajaan kini sudah mencapai lebih 70 peratus dan pengundi atas pagar hanya 17 peratus, namun Najib kelihatan tidak gembira mendengar puji-pujian itu.
Beliau
hanya selamba dan seolah-olah tidak terasa apa-apa dengan gambaran yang
diucapkan Zahid itu. Jika orang lain, mungkin sudah cukup gembira dan
kepala menjadi besar dengan hasil kajian yang diumumkan Zahid itu.
Tetapi tidak dengan Najib kerana ada ketakutan lain sedang bersarang di
kepalanya.
Malahan
ketika berucap kemudiannya, Najib seperti memperlekehkan hasil kajian
yang diumumkan Zahid itu dengan mengatakan sepatutnya sesuatu kajian
harus melontarkan soalan cepumas yang berbunyi “Jika tidak dicalonkan,
apakah akan terus menyokong parti?”
Najib juga
kemudiannya memanggil ketiga-tiga Naib Presiden itu dengan gelaran
“tiga ekor Naib Presiden” iaitu suatu gambaran bahawa Najib sebenarnya
tidak cukup gembira dengan prestasi mereka dan panggilan ekor itu
menggambarkan gelaran untuk seseorang yang belum cukup matang atau
masih kebudak-budakkan.
Walaupun
Najib kemudiannya cuba mengendurkan keadaan dengan menyebut “tiga ekor
yang akur”, hakikatnya Najib tidak gembira dengan prestasi dan mutu
ucapan penggulungan ketiga-tiga Naib Presiden itu yang disifatkan oleh
banyak pihak masih dibawah paras yang sepatutnya bagi seseorang
pemimpin yang menduduki kerusi Naib Presiden UMNO.
Ramai juga memberi pandangan mutu ucapan ketiga-tiga Naib Presiden kali ini menggambarkan bahawa UMNO sebenarnya sudah ketandusan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa. Mutu ucapan Zahid, Hishammuddin dan Shafie tidak berupaya menambahkan keyakinan rakyat, pengundi atas pagar dan generasi muda bahawa UMNO ini boleh bergerak dengan lebih cemerlang di masa hadapan.
Ramai juga memberi pandangan mutu ucapan ketiga-tiga Naib Presiden kali ini menggambarkan bahawa UMNO sebenarnya sudah ketandusan pemimpin yang berkualiti dan berwibawa. Mutu ucapan Zahid, Hishammuddin dan Shafie tidak berupaya menambahkan keyakinan rakyat, pengundi atas pagar dan generasi muda bahawa UMNO ini boleh bergerak dengan lebih cemerlang di masa hadapan.
Dengan
Najib melontarkan soalan cepumas itu kepada semua ahli pemimpin UMNO,
ia menggambarkan ketakutan Najib ialah sabotaj di kalangan pemimpin dan
ahli UMNO sendiri. Walaupun mungkin sabotaj itu boleh menyebabkan UMNO
dan BN kalah dalam pilihanraya akan datang tetapi Najib jelas lebih
takut sabotaj yang sama menyebabkan BN gagal mendapat majoriti dua
pertiga.
Najib sebenarnya lebih takut gagal mencapai majoriti dua pertiga berbanding UMNO dan BN kalah terus dalam pilihanraya.
Bermula
dengan ucapan dasar dan kemudian disimpulkan dalam ucapan penggulungan,
penekanan terhadap pencapaian majoriti dua pertiga itu nampaknya
begitu ditekankan. Ia disebut berulang kali, melebihi penekanan tentang
peri mustahaknya UMNO dan BN terus dikekalkan sebagai kerajaan.
Meskipun
kekalahan UMNO dan BN adalah sesuatu yang pahit tetapi Najib lebih
risaukan kedudukan dirinya berbanding UMNO itu sendiri. Jika UMNO kalah
dan BN hilang kuasa sebagai kerajaan, kepahitan dan sengsara yang
dialami boleh dikongsi dengan orang lain.
Najib
mungkin boleh menyalahkan timbalannya, Muhyiddin yang kurang bekerja
keras sebagai punca kekalahan. Beliau juga boleh menyalahkan Naib-Naib
Presiden UMNO yang masih gagal meraih sokongan rakyat sewajarnya
meskipun sudah diberi jawatan dalam kementerian-kementerian yang kanan.
Lebih dari itu, Najib juga boleh menyalahkan pemimpin dan ahli-ahli
UMNO lainnya yang tidak bekerja dengan bersungguh-sungguh serta
memantapkan perpaduan sebagai punca utama tewasnya UMNO.
Dalam masa
yang sama, jika UMNO tumbang Najib juga boleh menyalahkan Pak Lah
kerana mewariskan kerajaan yang lemah kepadanya. Beliau juga boleh
menyalahkan Tun Mahathir kerana terlalu banyak bercakap sehingga
membuatkan rakyat benci dan menolak UMNO serta kerajaan.
Pendeknya
jika UMNO kalah, pelbagai pihak boleh dipersalahkan oleh Najib. Beliau
tidak akan keseorangan menanggung sengsara kekalahan itu kerana ia
boleh dikongsi dengan pelbagai pihak lainnya.
Tetapi
jika sekadar gagal mencapai majoriti dua pertiga, Najib seorang diri
yang akan dipersalahkan dan beliau bakal menanggung sengsaranya
keseorangan. Dengan gagal melepasi garisan dua pertiga, hanya Najib
seorang diri yang akan dipersalahkan sebagaimana Pak Lah dipaksa dengan
peralihan kuasa bila gagal mengekalkan majoriti dua pertiga dalam
pilihanraya 2008 lalu.
Dalam pasukan bolasepak pun, apabila sesebuah pasukan gagal mengekalkan kejuaraan biasanya hanya pengurus yang dipecat. Rombakan besar-besaran melibatkan pengurus dan pemain hanya biasa dilakukan apabila sesebuah pasukan itu kalah berpanjangan atau turun ke divisyen dua. Itulah lumrah kehidupan sebenarnya.
Dalam pasukan bolasepak pun, apabila sesebuah pasukan gagal mengekalkan kejuaraan biasanya hanya pengurus yang dipecat. Rombakan besar-besaran melibatkan pengurus dan pemain hanya biasa dilakukan apabila sesebuah pasukan itu kalah berpanjangan atau turun ke divisyen dua. Itulah lumrah kehidupan sebenarnya.
Dengan
menekankan tentang mustahaknya mencapai kejayaan dua pertiga, Najib
sebenarnya lebih memikirkan tentang nasib dirinya berbanding UMNO itu
sendiri. Sebab itu beliau mahu perpaduan dikekalkan dan sabotaj parti
dielakkan.
Jika
boleh, beliau bukan saja mahu sabotaj dielakkan untuk memastikan BN
melepasi garisan dua pertiga, malahan jika garisan itu gagal dilepasi,
sabotaj yang sama tidak berlaku kepada dirinya dengan memaksanya
berundur pula.
Itulah
yang sangat-sangat diharapkan oleh Najib. Tetapi oleh kerana UMNO sudah
meletakkan kemenangan dua pertiga sebagai penanda aras kejayaan, maka
sukar untuk Najib mengelakkan dirinya menjadi “Pak Lah kedua” jika
beliau juga gagal mencapai kemenangan dua pertiga.
Yang lebih
ditakuti Najib ialah jika yang mula-mula memintanya berundur itu ialah
Mahathir sendiri, tokoh yang dianggap sebagai mentornya kini.
Najib
sekarang ini bukan saja memuji-muji Mahathir tetapi juga secara terbuka
menyatakan kedudukannya sebagai Perdana Menteri masih dipantau oleh
Mahathir. Dengan meletakkan dirinya sebagai “protege” atau anak didik
kepada Mahathir, Najib sekurang-kurangnya berharap bekas PM itu kekal
sebagai mentornya dan tidak memaksanya berundur jika keputusan kurang
daripada dua pertiga dalam pilihanraya umum nanti.
Sesuatu
yang tidak disedari Najib ialah Mahathir bukan saja kaki pantau tetapi
juga kaki kuntau. Rekodnya menguntau beberapa pemimpin UMNO sebelum ini
menggambarkan hakikat itu. Beliau mudah percaya pada orang tetapi jika
kepercayaan itu sudah hilang, kuntaunya tidak pernah ada belas
kasihan.
Hanya
kemenangan dua pertiga yang dapat mengelakkan Najib daripada kenapa
kuntau, baik oleh Mahathir mahu pun oleh pemimpin-pemimpin UMNO lainnya
yang sekarang ini seolah-olah berdiri teguh di belakangnya. Pemimpin
UMNO pula memang tabiatnya mudah hilang kesetiaan bila pemimpin
utamanya hampir tumbang.
Sebab itu,
kegagalan mencapai kemenangan dua pertiga begitu ditakuti Najib
berbanding jika UMNO dan BN kalah terus kepada Pakatan Rakyat.
No comments:
Post a Comment