MALAYSIA KINI
Mahkamah
Majistret Kuala Lumpur hari ini menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan
denda RM1,000 kepada siswa 'Occupy Dataran' kerana menghalang pegawai
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan
terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.
Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil.
Permohonan penangguhan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur selepas hukuman dijatuhkan dan Hakim Amelia Tee sedia mendengarnya petang ini.
Bagaimanapun peguam Umar gagal menjejaki timbalan pendakwaraya yang bertanggungjawab terhadap kes ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan